Posts

Showing posts from March, 2015

Meletakkan Hati di atas Landasan Allah.

Image
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة   إنك أنت الوهاب Pernahkan merasa suatu saat dimana hati anda sangat tenang dan merasakan juga bahawa iman anda sedang meningkat dan melonjak. Pada saat itu, anda merasakan dada anda sangat lapang. Segala amal kebaikan yang anda lakukan pada ketika itu sangat menyeronokkan. Akhirnya, anda berharap agar keadaan anda pada ketika itu dikekalkan selama-lamanya. Maka, pada saat itulah anda seharusnya memohon kepada Allah dengan doa yang sedemikian. ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا ، وهب لنا من لدنك رحمة ، إنك أنت الوهاب   cara menyebutnya :  Robbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana, wahab lana minl ladunka rahmah, innaka antal wahhab.  Bermaksud : Wahai tuhan kami, janganlah engkau bengkokkan (sesatkan) kami setelah engkau kurniakan hidayah (petunjuk) kepada kami, dan berikanlah kami rahmat dari sisi engkau. Sesungguhnya, engkaulah yang maha memberi.   Sesungguhnya, hati yang tenang dan iman yang tin

Pendakwah dan Dunia Semasa.

Image
Seringkali ramai orang melakukan dakwah dan tarbiah. Keluar dan menyeru serta mendidik manusia agar menjadi manusia yang mampu menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia. Harapannya tinggi melangit. Mengharap agar seluruh pelusuk menerima seruan yang agung ini. Mana tidaknya, ganjaran yang dijanjikan sangat besar dan mahal. Bahkan, telah ramai yang mati demi di atas jalan ini. Kadang-kala, ada juga masanya apabila si penyeru itu sibuk menyampaikan dan menyampaikan tanpa mengira apa yang berlaku di sekelilingnya. Menyebabkan dakwahnya tidak kelihatan berkembang atau erti kata lain, tiada perubahan dan peningkatan mutu dan kualiti. Lebih teruk lagi, dia tidak mengambil kira, apa yang disampaikannya itu, benar-benar suatu keperluan bagi masyarakat tersebut ataupun tidak dan bertambah bahaya, apabila dia menyangka bahawa apa yang dilakukannya itu adalah benar, sedangkan dia telah merugikan tenaga dan masanya. Apakah yang boleh difahami daripada apa yang telah saya nyatakan