Posts

Showing posts from September, 2019

Dakwah akan sentiasa berjalan.

Ada satu benda yang kita kena ingat dalam dakwah adalah, "Apabila kita tidak melakukan dakwah, akan ada orang lain yang akan buat kerja dakwah". Ya, dan saya meyakini perkara tersebut. Ingatlah, dakwah tidak akan pernah rugi apa-apa dengan ketiadaan kita, tetapi, kitalah yang rugi kerana tidak melakukan dakwah semasa kita masih hidup. Kalau kita tidak mencegah kemunkaran, ada orang lain yang akan mencegahnya, kalau kita tidak mengajak kepada kebaikan, akan ada orang lain yang melakukannya. Akan tetapi, bukanlah itu menjadikan alasan untuk kita melepaskan diri dari menggalas tugas menyampaikan dakwah. Sebaliknya, menyedari perkara tersebut seharusnya memberikan tamparan buat diri kita. Lebih-lebih lagi, jika kita sudah banyak membaca, banyak mempelajari Islam, selok-belok dakwah, mendengar ceramah dan menuntut ilmu, lalu kita membiarkan segala apa yang kita tahu itu berlegar-legar di dalam diri kita sahaja dan tidak menyampaikannya kepada orang lain. Kenapa ki

An Introduction About Usrah. #2

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan kekuatan untuk menyambung siri pengenalan usrah kepada para pembaca yang mulia di luar sana. Part 1 untuk artikel "An Introduction About Usrah" boleh dibaca di link berikut : https://kimilockman.blogspot.com/2015/10/an-introduction-kepada-usrah-1.html *** Untuk artikel kali ini, saya belum berhasrat untuk menjawab persoalan yang saya lontarkan di akhir artikel bahagian pertama saya. Pada artikel kali ini, perkara yang minat untuk saya ketengahkan berkenaan usrah adalah, "Apa beza usrah dan majlis taklim atau majlis-majlis ilmu yang lain?" Bukankah di dalam usrah pengisiannya berupa penyampaian Islam. Kenapa tidak pergi sahaja ke majlis taklim atau majlis-majlis ilmu yang selalu diadakan di masjid dan di surau. Yang selalunya berlaku selepas maghrib atau selepas isyak dan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang hebat dan bertauliah. Sidang pembaca yang saya muliakan. Ingin saya tegaskan yang per