Posts

Showing posts from August, 2015

#ERTIMERDEKA !

Image
Tiada lagi penyataan yang lebih untuk mengertikan KEMERDEKAAN selain dari menyatakan bahawa kemerdekaan yang HAKIKI adalah merdekanya JIWA ini dari terbelenggu dari cengkaman dan belenggu hawa nafsu serta kecintaan kepada dunia. Kemerdekaan yang kita laung-laungkan saban tahun tidak akan bermakna andai HATI kita masih dipenjarakan oleh angkatan hawa nafsu yang kian masa berusaha menjatuhkan IMAN kita. Sekuatmana pun LAUNGAN kemerdekaan itu dicanangkan, namun andai yang merdeka itu hanya berbentuk lahiriah dan material, nescaya laungan itu hanyalah SIA-SIA! WAHAI UMMAHKU. WAHAI BANGSAKU. KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau meletakkan ISLAM itu yang TERATAS di atas segala bentuk kepentingan dan keuntungan. KEMERDEKAAN itu adalah apabila IMANmulah yang menguasai hatimu melebihi NAFSUmu. KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau berjaya melihat SAUDARA SEAGAMAMU itu seperti tubuh badanmu sendiri. Engkau menyayangi mereka sepertimana engkau menyayangi dirimu. KEMERDE

Berjiwa besar.

Image
Seorang daie mukmin adalah seorang manusia yang berjalan di atas bumi dengan membawa sebuah agenda yang besar. Seseorang yang membawa agenda besar tidak akan mampu agenda tersebut andai dirinya tidak mempunyai jiwa yang besar. Agenda besar tersebut tidak lain dan tidak bukan cita-cita untuk menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini. Sesungguhnya, usaha tersebut tidak mampu dicapai di dalam jangka masa pendek iaitu sehari mahupun sebulan apatah lagi setahun. Berdasarkan situasi di masa kini, dengan keadaan jahiliah yang merata-rata dan umat yang terlampau mudah dihinggap ancaman musuh, menyebabkan usaha mencapai agenda tersebut bertambah sukar. Walaupun baginda saw telah berjaya menegakkan Islam di atas muka bumi ini setelah 23 tahun berlangsungnya dakwah dengan penuh kegigihan, akan tetapi usaha untuk mengekalkan kejayaan tersebut bukanlah mudah. Para sahabat yang menggantikan tugas ini, senantiasa tidak tidur lena dan tidak berhenti berfikir un

Video | Pornografi Merosakkan Jiwa (Ustaz Nouman Ali Khan)

Image

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Image
Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayangMu Dan jua keredhaanMu Dalam hidupku Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari KeampunanMu tidak bertepi Ku akui diri ini Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Penyusun Muzik : Trabye Penerbit : Faizal Osman Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd. Sumber :  http://www.hijjaz.com.my Copy paste dari : Klik sini . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Sesungguhnya kita adalah hamba Allah swt yan

Ibrah dan perkongsian master daripada seorang ustaz yang sedang taqdim phd di mesir.

Image
Banyakkan membaca Stanby tajuk dari awal Masadir kena banyak, AT LEAST 300 Latih irab, insha dan bacaan hadis. Jangan harapkan kelas, lebihkan pada murajaah. Sentiasa rasa cam takde ilmu sampai mati. Mencabar tu baru namanya belajar Digalakkan amik master syariah, kerana perbahasan yang luas. Kalau ada duit, amikla master di kuliah yang tersusun sistem dan jadual. Banyakkan mentelaah kitab hadis. Kalau ada duit jugak, belilah kitab banyak2. Sediakan tajuk bahas lebih awal supaya ada tasawur yang jelas. Sebaiknya menghabiskan belajar bidang agama di negara timur tengah. Kepayahan di master, jangan sampai tak habis. seeloknya sampai mampu sambung phd. (elakkan tajuk yang terlampau susah). Nanti dah phd, pulunlah habis-habis. Surveylah musyrif yang sporting dari awal. supaya karenah musyrif bukan isu tak habis master. Tidak digalakkan terikat dengan mana-mana sponrsorship. (supaya tak tertahdid dalam isu membuat kajian dan pilihan) Cubalah untuk elakkan sistem universit