#ERTIMERDEKA !



Tiada lagi penyataan yang lebih untuk mengertikan KEMERDEKAAN selain dari menyatakan bahawa kemerdekaan yang HAKIKI adalah merdekanya JIWA ini dari terbelenggu dari cengkaman dan belenggu hawa nafsu serta kecintaan kepada dunia.
Kemerdekaan yang kita laung-laungkan saban tahun tidak akan bermakna andai HATI kita masih dipenjarakan oleh angkatan hawa nafsu yang kian masa berusaha menjatuhkan IMAN kita.

Sekuatmana pun LAUNGAN kemerdekaan itu dicanangkan, namun andai yang merdeka itu hanya berbentuk lahiriah dan material, nescaya laungan itu hanyalah SIA-SIA!
WAHAI UMMAHKU.
WAHAI BANGSAKU.
KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau meletakkan ISLAM itu yang TERATAS di atas segala bentuk kepentingan dan keuntungan.
KEMERDEKAAN itu adalah apabila IMANmulah yang menguasai hatimu melebihi NAFSUmu.
KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau berjaya melihat SAUDARA SEAGAMAMU itu seperti tubuh badanmu sendiri. Engkau menyayangi mereka sepertimana engkau menyayangi dirimu.
KEMERDEKAAN itu adalah apabila engkau jujur dan tidak khianat kepada agama, negara dan bangsamu.
KEMERDEKAAN itu adalah apabila tiada lagi musuh agama yang menjadi ancamanmu. Sekalipun mereka itu tersangat menakutkan di seantero dunia, namun mereka sedikit pun tidak menggentarkan dirimu.
KEMERDEKAAN itu juga, apabila engkau yakin bahawa agama ini pastinya akan tertegak kembali di mata dunia dan engkau tidak pernah putus-asa untuk sampai kepada matlamatmu itu.
DAN,
Sebesar-besar KEMERDEKAAN itu adalah engkau mampu bertemu kepada tuhanmu di dalam keadaan yang diredhai-Nya.
MERDEKAKANLAH dirimu! wahai jiwa-jiwa yang diharapkan untuk memimpin umat.
Andai engkau masih TERBELENGGU, maka siapakah lagi yang akan MEMERDEKAKAN mereka?

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

"Salam Kemerdekaan yang ke-58"



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.