An Introduction About Usrah. #1





Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira. 

Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja.

Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat."

Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula. 

Soalannya : 

1. Kenapa berminat nak join usrah?
2. Apa yang seronoknya usrah?
3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke?

bla,bla,bla...

Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah, 

"Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?"

"Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?"

Soalan terakhir,

"Lalu, kemanakah akhirnya kita akan menuju setelah kita menyertai usrah?"

---

Memang sengaja saya meletakkan pelbagai persoalan sebelum kita masuk kepada tajuk. Apa yang cuba untuk saya bincangkan di sini adalah, supaya kita benar-benar menghadam dengan lumat nilai usrah dan peranannya yang sebenar.

Selalunya, tawaran-tawaran yang dibentangkan dan dipromosikan untuk mengajak orang menyertai usrah sangat menarik dan menyeronokkan. Sehinggakan ramai menyangka, mengikut pastinya mengikut mampu memberikan kegembiraan yang abadi kepada hidup kita.

Adakah sangkaan tersebut salah dan meleset?

Kita cuba 'hold' dahulu soalan tersebut dan pergi kepada point yang ingin saya nyatakan.

1. Usrah sebenarnya merupakan sebahagian dari wasilah tarbiyah yang perlu dilalui oleh yang mengikuti program tarbiyah.

2. Wasilah-wasilah tarbiyah selain usrah adalah :

Katibah, Daurah, Rehlah, Mukhayyam, Nadwah, Muktamar dan Usrah.

sumber : (link)

3. Tarbiyah pula secara literalnya adalah pendidikan. Pada kata lain, ia bererti tumbuh dan berkembang. Bermakna, tarbiyah adalah suatu proses yang mana, contohnya boleh dilihat pada bagaimana cara seorang petani menanam sebuah pokok dan menjaganya, sehingga ia mampu tumbuh membesar dan berbuah.

4. Hasil tarbiyah hanya akan tercapai, apabila berlakunya perubahan yang baik kepada mereka yang mengikuti program dan wasilah tarbiyah itu tadi. 

5. Maka, wasilah-wasilah tarbiyah tersebut, tidak lain dan tidak bukan, membentuk seorang individu muslim menjadi seorang individu yang berkualiti dan hebat.

6. Dan, perbincangan berkenaan peranan usrah adalah sama perbincangannya dengan peranan tarbiyah.

---

Oleh yang demikian, usrah adalah wasilah tarbiyah yang berbentuk perbincangan dan pembentukan fikrah Islam yang sejati. 

Usrah, memainkan peranan terbesar di dalam wasilah daripada wasilah-wasilah tarbiyah yang tersedia ada. Ini kerana, di dalam usrah, seseorang yang mengikuti program tarbiyah (mutarabbi), mendapat tarbiyah dan didikan secara langsung daripada murabbi (pendidik).

Dan, hasil tarbiyah individu muslim sejati hanya akan tercapai, seandainya seseorang mutarabbi itu, mampu memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjalanan usrah tersebut.

Cara perlaksanaan dan konten usrah selalunya bersifat subjektif, asalkan masih mengikut al-Quran dan as-Sunnah serta akhirnya, mampu menghasilkan produk tarbiyah yang hebat dan mampu mentarbiyah orang lain.

Namun, tidak cukup sekadar ber-usrah sahaja untuk menjadi seseorang individu muslim yang sejati. Perlu juga, melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang lain dan tidak mengabaikannya.

---

Kenapa perlu ada tarbiyah dan wasilahnya? Bukankah sudah ada sekolah yang mengajar dan ibubapa yang mendidik?

Di setiap tujuan, ada cara didikannya. Apa yang diajar di sekolah, lebih menjurus kepada pembinaan pengetahuan dan akademik. Sedangkan, ibubapa pula mendidik anak-anak dengan kadar kefahaman mereka. 

Namun, kefahaman tarbiyah hanya mampu dididik oleh mereka yang benar-benar memahami hakikat tarbiyah, dan mereka itulah para murabbi dan naqib.

Peranan yang dimainkan oleh mereka, terutama ketika mengendalikan usrah, hanyalah bertujuan sebagai seorang pembimbing yang pada masa yang sama, seumpama seorang sahabt yang rapat dan karib.

Dan, ibubapa serta para guru juga mampu memainkan peranan seperti para murabbi, andai mereka mempunyai kefahaman tarbiyah yang jelas. Serta, mereka yang juga seorang pemimpin masyarakat.

---

Dari mana timbulnya kesedaran pen-tarbiyahan ini?

Bersambung...





Kosa kata :

1. Tarbiyah - pendidikan.
2. Usrah - keluarga.
3. Murabbi - pendidik.
4. Mutarabbi - mereka yang dididik.
5. Wasilah - cara untuk sampai.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.