Haibat.

Mak ayah kita hebat,
Abang kita hebat,
Adik kita hebat,
Kawan kita hebat,
Belum tentu lagi kita hebat.

Selagimana kita masih lagi tidak menggunakan sepenuhnya potensi yang kita ada, yang hebat itu bukanlah kita.
Selagimana kita masih tidak menguasai sesuatu kemahiran itu, kita masih lagi belum hebat.
Selagimana kita masih belum mampu menyumbangkan apa-apa, kita masih tidak lagi hebat.

Kalau macamtu, bila kita nak jadi hebat?

Hakikatnya, Kita tidak akan pernah tahu bila.

Namun, di saat kita merasakan kita telah hebat, ketika itulah kita akan hilang separuh dari kehebatan kita.

Lalu, bagaimana?

Kehebatan kita hanya akan benar-benar terserlah apabila kita tidak pernah putus-putus melaksanakan usaha untuk mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup.

Kerana itu, kita seharusnya bercita-cita besar dan berimpian jauh.

Hanya dengan itulah yang akhirnya akan mendorong diri kita untuk terus bekerja dan membentuk peribadi kita. Seterusnya, menjadikan diri kita memiliki peribadi yang unggul.

Orang yang hebat, tidak akan sempat berfikir untuk menjatuhkan orang lain. Sebaliknya, orang yang hebat adalah orang yang turut serta mengesani orang lain untuk menjadi hebat seperti dirinya.

Dia juga jelas dan faham akan apa yang dicapai dan dikejar di dalam hidupnya. Dia sentiasa nampak dimana peluang yang ada untuk dirinya menempa kejayaan yang baru.

Walaupun kita katakan andai orang-orang di sekeliling kita hebat dan belum tentu kita hebat, akan tetapi kehebatan kita boleh dibentuk andai kita dikelilingi oleh orang-orang yang hebat.

Kerana itu, untuk menjadi orang yang hebat, berdampinglah juga dengan mereka yang hebat-hebat, dan pelajarilah sesuatu dari mereka.

Wallahualam.




Disklaimer : ini hanya pandangan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.