"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Saturday, August 27, 2016

Kepentingan Niat yang Jelas.

Di dalam hadis Ar-Rasul SAW yang menceritakan berkenaan niat :

1.Islam mengajarkan kepada kita tentang keperluan dan kepentingan berkenaan KEJELASAN di dalam beramal terutama di dalam amal ibadah dan juga amalan kehidupan seharian.

2. Kesilapan niat mengakibatkan hasil yang tidak kesampaian.

3. Segala perkara yang berlaku meti ada kesannya yang perlu ditanggung sekalipun ianya terjadi secara tidak sengaja dan tanpa niat. Antara sebabnya adalah, ia tetap memberikan kesan kerana telah berlaku. Seperti kes bunuh tanpa sengaja.

4. Niat menentukan sah atau tidak sesebuah amal.

5. Ia juga membezakan satu amal kepada amal yang lain.

6. Ia juga menjadi bukti kesyumulan dan kesempurnaan Islam apabila sesuatu perkara yang baik diniatkan kerana Allah swt akan menjadi ibadah, seperti menumpangkan kawan pulang ke rumah dan sebagainya.

7. Di hujung hads tersebut, Allah swt mengajarkan kita melalui Ar-Rasul SAW bahawa, cabaran untuk mendapat niat yang ikhlas ada 2 iaitu, dunia dan wanita.

8. Oleh sebab itu dikatakan kepada kita bahawa, dunia adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.

9. Pada masa yang sama juga, ditekankan kepada kaum lelaki terutamanya untuk berhati-hati menghadapi ujian kaum wanita yang selalu menjerumuskannya ke lembah maksiat dan menyebabkan amalnya terhapus disebabkan perkara yang kecil iaitu tersalah niat.

10. Salahnya niat apabila kita tidak meng-ikhlaskan niat kita semata-mata kholisun lillah iaitu demi Allah swt, dan meletakkan dunia dan wanita sebagai niat utama dalam satu-satu tujuan.

11. Penutup, apabila banyaknya niat kita, banyaklah pahalanya. Jadilah saudagar niat.

12. Boleh jadi suatu amal yang kecil itu besar kerana niat dan boleh boleh jadi sesuatu amal yang besar itu kecil juga kerana niat.

wallahualam.

-intitpati kuliah hadis 40 Al-Fadhil Ust. Shuhaib Ar-Rumi di Masjid Taman Bukit Mutiara semalam.

#notahadis
#hadisniat
#arbainannawawi

https://telegram.me/kimilockman923




Sunday, August 14, 2016

Sementara Masih Sempat.





Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH.

Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah.

Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah,
KARANGLAH.

Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah.

Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH.

Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya.

Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH.

Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH.

Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH.

Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH.

Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak.
Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam.

Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindakan menyebarkannya.

Selagi ada masa, selagi itu diisi dengan dakwah.

#dakwahmadalhayah
#membangunummahberagenda
#mengarusperdanaagendadakwah


fb.com/kimilockmanblogs
telegram.me/kimilockman923
kimilockman.blogspot.com

Thursday, August 4, 2016

Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.





Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga.
Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut :

1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt.

2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula),

"Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata."

3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lakukan.

4. Apabila hati kita terkesan dengan perkara-perkara yang baik, maka baiklah jiwa dan tubuh badan kita, akan tetapi sekiranya ia terkesan dengan perkara yang sebaliknya iaitu perkara yang buruk, maka nescaya akan rosaklah jiwa dan tubuh badan kita.

5. Umpama kereta, yang sepatutnya diisi dengan minyak, tetapi kita isi dengan benda yang tidak sepatutnya, macam air atau sebagainya, boleh jadi enjin kereta tu rosak atau hancur.

6. Macam tu jugaklah hati kita, yang sepatutnya dan selayaknya diisi baginya adalah... iman. Benda-benda yang selain iman, tidak layak untuk diisi dan diletakkan dalam hati. Perkara yang sama akan terjadi seperti kereta tadi jika ianya tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya.

7. Point lain, keperluan kita untuk mensyukuri nikmat memiliki dan mengenal ahli keluarga yang sedia ada dan menganggap ia adalah anugerah terbesar dari Allah swt.

8. Ada orang hidup sebatang kara, tiada keluarga, malahan tidak kenal pun siapa ahli keluarganya, sehingga hidupnya terumbang-ambing kerana tiada tempat untuk bergantung harap.

9. Sebagai tanda kita bersyukur di atas nikmat tersebut, belajarlah untuk berlapang dada dan berkasih-sayang. Perkara tersebut dikira ibadah jika dipraktikkan kerana Allah swt sangat menyukai hamba-hambanya yang suka melebarkan kasih-sayang sesama makhluknya, apatah lagi dengan ahli keluarga.

10. Mungkin untuk sesi lain, cuba untuk lebih santai dan relaks. Maklumlah, bukan dengan siapa-siapa pun dengan ahli keluarga je.

11. Saya juga berpesan, tugasan membimbing ahli keluarga bukanlah tanggungjawab saya semata-mata yang memahami ilmu agama, tetapi juga sebenarnya tanggungjawab bersama setiap ahli keluarga.

Terima kasi ibu, ayah, angah dan alang yang sudi meluangkan masa mendengar celoteh dan tazkirah yang tidak seberapa dari along.

Mudah-mudahan kita boleh budayakan amalan seperti ini pada masa-masa yang akan datang.

wallahualam.

Mohd Hakimi Bin Lockman.
Fresh graduate Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.


-------------------------------------------

Wednesday, August 3, 2016

Tangguangjawab sebenar seorang akh.




Tanggungjawab seorang akh, bukanla sekadar memahami sedalam-dalamnya segala macam bahan dakwah dan tarbiyah pada medan teori sahaja.

Pada masa yang sama, hendaklah berusaha memahami maksud tersebut pada medan dan lapangan amal yang bersifat praktikal.

Berkembangnya dakwah bukan dengan ramainya penuntut ilmu dakwah, tetapi, berkembangnya dakwah kerana ada orang yang melakukan dakwah dan menyebarkannya.

Friday, July 8, 2016

Ala, Gurau je.

"Aku gurau je, takkan tak boleh kot?!"

Bergurau, melawak, usik-usik, bukan tak boleh.

Tapi biarlah berkadar.

Bukan semua benda boleh dibuat bahan mainan.

Ada benda yang kita memang kena serius.

Bahayanya bergurau yang melampaui kadar dan batasan adalah pada isu SENSITIVITI.
Ia menghakis sedikit demi sedikit perkara yang selama ni dianggap bahaya sehingga ia menjadi normal dan tiada masalah. Walhal, perkara tersebut kalau dibiarkan dan tidak dicegah akan menyebabkan malapetaka dan kecelakaan.

Sensitiviti ni, sifat dia macam anti-virus. Kalau anti-virus dah tak kuat, memang senang la kena jangkit virus. Last sekali, hancur.

Kalau nak bergurau jangan melibatkan perkara-perkara seperti akidah, agama, nyawa, maruah, kehormatan, pahala, dosa dan banyak lagi. Benda-benda ni semua nilainya besar. Kalau dah sampai tahap jadi bahan mainan, lama-kelamaan, inilah puncanya kita tidak ambil kisah dan tak rasa penting lagi pada benda-benda seperti ni.

Contoh yang biasa jugak berlaku, bila orang bergurau tentang benda-benda yang kotor dan hina sehingga orang tak merasa geli lagi dengan benda-benda kotor dan hina tersebut. Sampai terlupa hakikat benda tersebut. Ini yang dinamakan NORMALISASI.

Akhirnya, sikap MATANG dan RASIONAL-lah yang membantu kita untuk mengukur, sejauh mana batas-batas yang perlu untuk kita serius dan juga untuk kita kurang serius.

"Sesungguhnya, Allah swt takjub, pada pemuda yang tiada pada dirinya sifat kebudak-budakan"

(mafhum hadis).

Saya pernah juga suatu hadis, dimana baginda SAW menyebutkan kepada sahabatnya :

"Kalaulah kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan lebih banyak menangis daripada ketawa".

(mafhum hadis).



wallahualam.

Friday, June 10, 2016

Catatan Ramadhan 1437h #2

Bulan Ramadhan,

Bulan yang setiap amalan dilipat-kaligandakan pahala lebih daripada hari-hari biasa.

Namun, sayanglah kalau kita mensi-siakan peluang yang ada.

Bahkan, lebih menyedihkan kalau pada masa yang sama kita turut tidak ketinggalan meneruskan maksiat dan melakukan perkara yang sia-sia berterusan sehinggakan kita tidak sempat bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt.

Bulan ini merupakan bulan yang terbaik untuk meraih pahala dan menghapuskan segala dosa.
Namun, kalau kita puasa tetapi masih lagi main game, tengok movie, bercakap perkara yang bukan-bukan, menyebutkan perkataan yang tidak elok, melihat apa yang diharamkan, melebihkan perkara yang sia-sia daripada perkara yang bermanfaat, masih tidak menjaga batasan perhubungan di antara lelaki dan perempuan,

maka apakah makna puasa kita?
Apakah makna kita menahan lapar dan haus?

من أدرك شهر رمضان ، فلم يغفر له ، فدخل النار ؛ فأبعده الله

"Barangsiapa yang menghadapi bulan Ramadhan, akan tetapi masih lagi TIDAK diampunkan dosanya, lalu dimasukkan ke neraka dan maka menjauhlah Allah daripadanya."


#RamadhanKareem
‪#‎RamadhanBulanMujahadah‬


https://telegram.me/kimilockman923

Kenapa Menulis?





"The role of  writer is not to say what we all can say, 
but what we are unable to say"

"Peranan seorang penulis bukanlah untuk menyebutkan sesuatu yang kita semua mampu katakan,
akan tetapi untuk menyebut apa yang tidak mampu kita katakan."