Tazkirah #2

Sekali-sekala kita perlu memisahkan diri kita daripada urusan dunia, dan memfokuskan diri kita kepada urusan akhirat.

Kerana kehidupan kita, bukan sekadar berlegar di atas dunia, tetapi juga ada di sana kehidupan sesudah dunia, iaitu kehidupan akhirat.

Mengingati mati, merenungkan urusan-urusan akhirat, mampu memutuskan angan-angan dan khayalan dunia yang berpanjangan yang berlegar-legar di fikiran kita.

Memisahkan diri dengan urusan dunia, bukanlah sebuah sikap yang jumud, bahkan sebenarnya adalah proses tazkiyatun nafs, iaitu penyucian diri daripada kekotoran dunia yang kadang-kadang kita tidak perasan ianya tercalit pada hati.

Kekotoran yang menyebabkan kita lupa, leka dan lalai dan larut dengan pesona dunia yang bersifat sementara dan tidak kekal.

Kekotoran itulah yang mencemari tindak-tanduk dan cara fikir dan cara kita mengambil keputusan.

Asalkan ianya memenuhi kehendak nafsu, sudah cukup untuk kita putuskan sebagai cara.

Apabila kita kembalikan semula kehidupan kita, berpaksikan kepada persediaan menuju akhirat, maka ia akan memandu dan mengatur sikap kita di dunia, dan juga bagaimana kita berinteraksi dengan perihal yang berlaku di dunia seperti pekerjaan, masyarakat, keluarga, dan juga amalan harian kita.

Itulah bezanya orang yang beriman dengan hari akhirat dan orang yang sekadar mempertaruhkan kehidupannya terhad di dunia sahaja.

wallahualam.

*Sekadar renungan.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.