Posts

Showing posts from June, 2010

Israel Menempatkan Iklan Bagi Organisasi Sukarelawan Untuk Serang Kapal

Image
Jumaat , 25/06/2010 - Sebuah organisasi keselamatan Israel menempatkan iklan di bahagian iklan di surat khabar Israel Yediot Aharonot, mencari “sukarelawan wanita” untuk menyerang dan menghalau wanita dari armada bantuan Lubnan “Miriam” yang sarat dengan bekalan bantuan dan aktivis keamanan wanita. Iklan menyatakan bahawa “Wanita dengan kekuatan fizikal yang besar dan motivasi” diperlukan sebagai asas sukarela untuk menyerang dan menghalau wanita dari kapal bantuan Lubnan. Ia juga memiliki sejumlah mel suara untuk para sukarelawan untuk menelefon dan mendaftar. Iklan itu juga mendakwa bahawa kapal itu dihantar oleh pihak Hizbullah Lubnan, sedangkan pihak itu sendiri menyangkal sebarang hubungan dengan armada tersebut, seperti yang dilaporkan Mondoweiss. sumber : http://www.imemc.org penterjemah : bob

Israel Benar Kemasukan 4,000 Tan Kerikil untuk UNRWA

Image
Jumaat , 25/06/2010 - Para pegawai Israel hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan jumlah terhad dan bantuan bahan bakar ke Jalur Gaza. “Penjajah Israel akan membuka persimpangan Al-Montar untuk membolehkan kemasukan 4000 tan kerikil untuk projek-projek UNRWA serta 124-134 van sarat dengan bantuan dan barang untuk sektor industri dan pertanian” kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan memberi dalam jumlah terhad gas memasak dan bahan api yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza. Pihak berkuasa Israel membenarkan hari Selasa 120 van sarat dengan bantuan dan barang-barang dan 198 tan gas memasak dan 126000 liter untuk industri solar. sumber : The Palestine Telegraph source penterjemah :  ameen

Hold My Hand

I hear the flower’s kinda crying loud The breeze’s sound in sad Oh no Tell me when did we become, So cold and empty inside Lost a way long time ago Did we really turn out blind We don’t see that we keep hurting each other no All we do is just fight Now we share the same bright sun, The same round moon Why don’t we share the same love Tell me why not Life is shorter than most have thought Hold my hand There are many ways to do it right Hold my hand Turn around and see what we have left behind Hold my hand my friend We can save the good spirit of me and you For another chance And let’s pray for a beautiful world A beautiful world I share with you Children seem like they’ve lost their smile On the new blooded playgrounds Oh no How could we ignore , heartbreaking crying sounds And we’re still going on Like nobody really cares And we just stopped feeling all the pain because Like it’s a daily basic affair Now we share the same bright sun, The same round moon Why don’t we share the same love

4 the rest of my life by maher zain...

Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

Image
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi. Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman. Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang. Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada. Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki aki