Israel Benar Kemasukan 4,000 Tan Kerikil untuk UNRWA




Jumaat , 25/06/2010 -Para pegawai Israel hari ini membuka pintu sempadan Karem Abu Salem untuk membolehkan kemasukan jumlah terhad dan bantuan bahan bakar ke Jalur Gaza.
“Penjajah Israel akan membuka persimpangan Al-Montar untuk membolehkan kemasukan 4000 tan kerikil untuk projek-projek UNRWA serta 124-134 van sarat dengan bantuan dan barang untuk sektor industri dan pertanian” kata Raed Fatouh, pegawai rasmi sempadan Palestin. Dia menambah bahawa mereka akan memberi dalam jumlah terhad gas memasak dan bahan api yang diperlukan untuk menjalankan penjanaan kuasa di Gaza.
Pihak berkuasa Israel membenarkan hari Selasa 120 van sarat dengan bantuan dan barang-barang dan 198 tan gas memasak dan 126000 liter untuk industri solar.
sumber : The Palestine Telegraph



penterjemah :  ameen

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.