Posts

Showing posts from August, 2019

Anda Serabut dengan Masalah? #2

Haritu saya ada pos pasal macamana kita nak cari penyelesaian masalah kan? Baca post di sini : https://kimilockman.blogspot.com/2019/08/anda-serabut-dengan-masalah.html Baru-baru saya saja bukak youtube search nama Dr. Kamilin Jamilin. Orang hebat. Seorang ustaz. Pakar dalam bidang hadith dan masih muda. Boleh lihat video tersebut di link berikut : https://www.youtube.com/watch?v=3MU9DMcfyRw Apa yang menariknya dari apa yang disampaikan adalah apabila beliau menyebutkan berkenaan ujian. Memandangkan kita sedang membincangkan tentang masalah. Maka, apa yang beliau perkatakan itu sangat berkait rapat dengan apa yang kita bincangkan pada hari ini. Kadang-kadang kita apabila kita diduga dengan pelbagai masalah, mesti kita akan tertanya-tanya kan dengan diri kita, "Ya Allah, kenapalah engkau menguji aku dengan masalah ini?" Dr. Kamilin Jamilin pun menyebutkan satu point yang sangat menarik iaitu, berkenaan kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, orang yang paling

Anda Serabut dengan Masalah?

19.8.2019 Sekarang berumur 27 tahun. Berimpian untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya walaupun tak terkenal. Yang penting boleh buat sales puluh-puluh ribu per month for minimum reach. Yang penting kena ada apa? Kena ada fokus dalam hidup! Kena ada perancangan dan strategi yang efektif. Masih perlu banyak belajar lagi ni. Apa yang nak dikongsikan hari ni? 1 masalah yang besar tu akan jadi susah untuk diselesaikan jika kita cuba untuk selesaikan secara langsung sekali gus. Tetapi, ia akan menjadi ringan jika kita pecahkannya kepada serpihan-serpihan kecil dan kita selesaikan sedikit-demi-sedikit. Ibarat macam nak patahkan segenggam batang mancis. Kan susah tu. Cuba kalau kita ambil sebatang-sebatang ataupun dua atau tiga batang dan kita patahkan sikit-sikit. Pastikan akhirnya kita akan dapat patahkan semua. (Takde kerja ke patahkan batang mancis banyak-banyak?) Sekadar perumpamaan je. Macam tulah juga dengan masalah kita. Kalau kita rasa kita ada ba