Anda Serabut dengan Masalah? #2

Haritu saya ada pos pasal macamana kita nak cari penyelesaian masalah kan?

Baca post di sini :

https://kimilockman.blogspot.com/2019/08/anda-serabut-dengan-masalah.html

Baru-baru saya saja bukak youtube search nama Dr. Kamilin Jamilin. Orang hebat. Seorang ustaz. Pakar dalam bidang hadith dan masih muda.

Boleh lihat video tersebut di link berikut :

https://www.youtube.com/watch?v=3MU9DMcfyRw

Apa yang menariknya dari apa yang disampaikan adalah apabila beliau menyebutkan berkenaan ujian. Memandangkan kita sedang membincangkan tentang masalah. Maka, apa yang beliau perkatakan itu sangat berkait rapat dengan apa yang kita bincangkan pada hari ini.

Kadang-kadang kita apabila kita diduga dengan pelbagai masalah, mesti kita akan tertanya-tanya kan dengan diri kita,

"Ya Allah, kenapalah engkau menguji aku dengan masalah ini?"

Dr. Kamilin Jamilin pun menyebutkan satu point yang sangat menarik iaitu, berkenaan kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, orang yang paling disayangi Allah SWT, bagaimana kehidupan baginda saw?

Baginda SAW orang yang paling disayangi Allah SWT, tetapi, bagindalah SAW yang paling diuji Allah SWT!!

Dr. Kamilin Jamilin menyimpulkan satu sifir yang mudah,

"Kalau Allah SWT menyayangi seseorang itu, Allah SWT akan memberikan dia ujian sebanyak-banyak yang mungkin".

MashaAllah. Tersentak jugalah saya mendengarnya. Setelah sekian lama tak mendengar taujihat. huhu.

Apa yang disampaikan Dr. itu merupakan suatu sifir yang sangat-sangat padu dan solid.

Suatu sifir yang simple tapi amat-amat bermakna.

Memang benarlah apa yang disampaikan itu.

Dan, itulah jawapan yang sangat tepat untuk kita, apabila kita menghadapi bentuk ujian dan kesusahan dalam hidup kita.

Kita ni, kadang-kadang apabila diuji dengan berbagai kesusahan dan kepayahan, selalunya kita akan hilang arah dan pedoman. Kita seolah-olah "menggelabah" dan lost control. Kita rasa macam buntu dan putus harapan.

Kita lupa, siapa yang memberikan kita nikmat dan siapa juga juga yang menguji dan menduga kita.
Kita lupa, siapa yang mengawal takdir dan kehidupan kita.

Kadang-kadang, kita rasa macam segala apa yang kita lakukan di dalam hidup ni, itulah hasilnya.
Tapi, kita lupa siapakah yang menentukan hasil pada apa yang kita lakukan di dalam hidup kita.

Point saya, bukanlah untuk berbangga kalau kita diuji dengan kesusahan.

Apa yang penting, apabila kita diuji dengan segala macam ujian dan musibah, hendaklah kita bersangka-baik dan bersabar atas apa yang menguji kita.

Keduanya, hendaklah kita lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT apabila kita diuji dengan seberat-berat ujian.

Ketiga, belajar untuk menghadapi ujian tersebut dengan tenang dan mencari jalan yang betul di dalam menempuhi ujian tersebut.

Keempat, dengan memahami, ujian dan nikmat itu dari Allah swt, menjadikan ia sebagai kekuatan kepada menempuhi segala macam ujian dan cabaran yang mendatang.

***

Tuan-tuan dan puan-puan sidang pembaca yang dimuliakan,

Yang penting, di dalam hidup ini adalah tidak berputus-asa dan mudah mengalah apabila kita diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

Apabila kita menghadapi sebarang bentuk masalah, anggaplah ia adalah langkah untuk kita menuju kepada kejayaan yang lebih besar.

Orang tidak pernah gagal, adalah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa di dalam hidupnya.

Anggaplah, segala macam masalah yang datang, adalah "spark" untuk kita memulakan pengembaraan baru di dalam hidup kita.

wallahualam.

20.8.2019.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.