Posts

Showing posts from April, 2015

Iman dan Maksiat.

Sebuah hadis baginda Rasulullah SAW : (لا يزنى الزاني حين يزنى و هو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق و هو مؤمن) -متفق عليه- Mafhumnya bermaksud : "Tidaklah seseorang penzina itu ketikamana dia sedang berzina dirinya berada di dalam keadaan beriman. Dan tidaklah juga seseorang itu mencuri, dirinya berada di dalam keadaan beriman ketikamana dia sedang mencuri." Sidang pembaca yang budiman, Hadis di atas secara jelasnya menunjukkan kepada kita, bahawasanya iman memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi akhlak dan keperibadian kita. Ia telah menyatakan kepada kita 2 situasi yang berbeza, namun berdasarkan punca yang sama, iaitu apabila terlucutnya iman. Situasi pertama menceritakan perihal seseorang yang melakukan dosa berzina dan situasi kedua pula menceritakan perihal seseorang yang melakukan jenayah mencuri. Berdasarkan apa yang baginda SAW nyatakan di dalam hadisnya, menjelaskan juga kepada kita, bahawa seseorang yang beriman dan juga memiliki iman yang benar, pastinya tidak ak

Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik dari semalam, Rugilah bagi sesiapa yang hari ini sama sahaja seperti semalam, Celakalah mereka yang pada hari ini lebih teruk dari semalam. Kata-kata di atas merupakan mafhum daripada sebuah hadis baginda SAW. *** Daripada apa yang telah disebutkan tadi, nescaya seorang manusia yang sihat akal fikirannya merasakan sesuatu perkara. Dia sepatut berasa seronok andai dia berjaya mencapai suatu kejayaan baru hari-harinya yang mendatang dan berasa sedih andai dia mensia-siakan hari-harinya yang berlalu. Seandainya, para muslim menyahut seruan ini, nescaya agama ini iaitu agama Islam, mampu mengembalikan kegemilangannya oleh kerana mutu dan kualiti ummatnya senantiasa bertambah baik dan berkembang maju setiap hari. Namun, masih tidak ramai lagi yang menyedari perkara ini secara hakikatnya.  Cabaran pada masa kini adalah apabila kebanyakan dari kalangan ummat Islam termasuk diri kita sendiri yang masih lagi mudah terhanyut dan dibuai keseronokan. Leb

Menunggu sehingga menjadi baik?

Image
Kalaulah di dalam dunia ini, semua orang bertangguh untuk melakukan da'wah kerana menunggu menjadi baik, sampai bilakah agaknya kebaikan itu dapat disebarkan dan kemunkaran dapat dicegah? Kalaulah demikian, sampai bilakah kita hendak membiarkan umat terus hanyut dibuai kelalaian? Kalaulah sebegitu rupanya, adakah kita sanggup membiarkan kebatilan bermaharaja lela dan berkuasa di atas muka bumi ini? Adakah wajar untuk kita terus diam dan mementingkan diri kita sendiri? Mengapa ada sebahagian dari kalangan mereka yang telah faham dan jelas akan perbezaan di antara kebenaran dan kesesatan masih memilih untuk menyembunyikan diri? Mengapa perlu begitu? Malukah?  Dimanakah silapnya? Sepatutnya, mereka yang telah timbul di dalam hatinya, suatu naluri dan keinginan yang suci, untuk tidak berlengah lagi untuk mengorak langkah dan menuju kehadapan untuk menegakkan kebenaran. Melakukan amar maaruf dan nahi munkar. Menunggu tidak akan membuahkan hasil melainkan kejahatan

Bertangguh.

Seandainya kita telah terbiasa bertangguh,  Ingatlah! Manusia tidak akan mengingati pun apa yang terdetik di hati dan akal fikiran kita. Apa yang mereka ingat, hanyalah apa-apa sahaja bentuk perbuatan yang telah kita laksanakan. Kalau kita masih terus mahu bertangguh, ditakuti kita mati di dalam keadaan tidak melakukan apa-apa bentuk pekerjaan. Jangan takut untuk mencuba. Mereka yang salah itu adalah mereka yang sedang melangkah ke arah kejayaan. Sedangkan mereka yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan adalah mereka yang tidak pernah melakukan apa-apa sebenarnya. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk berubah.

Ketinggian cita-cita Al-Maududi.

Image
أيها المسلمون .. احملوالقرآن ، وانهضوا، وحلقوا فوق العالم.. فليس من شأننا أن نلهث وراء العالم،  بل علينا أن نشده إلى مبادئنا وأصولنا ..  وإذا لم العالم يقدرنا ;  لأننا لا نسير خلفه ، فيجب علينا أن نلفظه و نلقي به بعيدا ... ! إن حياتي و مماتي وقف على هذا الهدف النبيل .. وسوف أسير قديما ، حتى لو لم يتقدم معي أحد . وسوف أسير وحيدا ، إذا لم يرافقني أحد. ولو اتحدت الدنيا وخالفتني ، فلن أخشى خوض المعركة وحيدا منفردا؟! Wahai sekalian orang Islam .. Peganglah al-Quran dan bangkitlah, Dan kelilinglah di atas dunia ini.. Dan bukanlah keadaan kita sepertimana kita termengah-mengah di sebalik alam, Bahkan sebagai suatu tuntutan ke atas kita untuk mengikatnya terhadap asas dan cabang hidup kita.. Maka, tidaklah alam ini akan menentukan nasib kita ; Kerana sesungguhnya kita tidak berjalan membelakanginya, oleh itu menjadi suatu kewajipan atas diri kita untuk melafazkannya dan menyampaikan dengannya sejauh mungkin ..! Sesungguhny