Bertangguh.

Seandainya kita telah terbiasa bertangguh, 

Ingatlah!

Manusia tidak akan mengingati pun apa yang terdetik di hati dan akal fikiran kita.
Apa yang mereka ingat, hanyalah apa-apa sahaja bentuk perbuatan yang telah kita laksanakan.

Kalau kita masih terus mahu bertangguh, ditakuti kita mati di dalam keadaan tidak melakukan apa-apa bentuk pekerjaan.

Jangan takut untuk mencuba.

Mereka yang salah itu adalah mereka yang sedang melangkah ke arah kejayaan.

Sedangkan mereka yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan adalah mereka yang tidak pernah melakukan apa-apa sebenarnya.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk berubah.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.