Posts

Showing posts from September, 2016

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1437h/2016

Image