Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah.
Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah.
Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk.
Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong).

Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya?
Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah.
Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun.
Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati.
Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia.
Maka, perubahan tabiat boleh berlaku, bermula dengan perubahan hati.
Apabila hati telah terdidik, maka tabiat akan mempraktikalkannya.
Apabila hati telah terbuka, maka tabiat yang ada akan sedikit demi sedikit bertukar.
Apabila hati telah bersih, maka lahirlah tabiat2 yang baik dan indah.
Dan, apabila berbicara berkenaan soal perubahan hati, ia akan melibatkan pintu2 yang mempengaruhi perubahan tersebut.
Pintu2 utama yang memberikan kesan tersebut adalah tubuh badan manusia itu sendiri iaitu, mata, telinga dan akal.
Sekiranya pintu2 ini terbuka pada tempat2 yang sepatutnya, maka lahirlah hati yang baik dan suci. Akan tetapi, jika ia terdedah kepada tempat2 yang tidak sepatutnya, boleh mendatangkan kerosakan dan kehancuran kepada hati.
Oleh itu, mulailah berazam dan berusaha untuk mengubah segala macam tabiat buruk dengan mengubah hati.
Mohd Hakimi Bin Lockman.
Mesir.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.