Posts

Showing posts from October, 2013

Tentang membaca

Membaca adalah suatu aktiviti yang sangat bagus. Ia memberikan kesan yang sangat besar kepada pemikiran. Pemikiran kita pada hari ini boleh berubah hanya disebabkan kita membaca beberapa patah perkataan. Apatah lagi, jika kita membaca beribu patah perkataan. Kadang-kadang, kita selalu merasakan dunia kita kecil kerana kita tidak pernah berjalan jauh daripada tempat asal kita. Namun, itu semua mampu diubah hanya dengan membaca. Orang yang membaca sebuah buku umpama dia telah mengembara ke banyak tempat. Sedangkan orang yang mengembara ke kebanyakan tempat sebenarnya dia masih lagi seperti orang yang membaca sehelai muka surat. Alam ini, banyak rahsia sebenrnya. Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dirungkai melalui pembacaan yang kontsisten dan diperbincangkan. Perbualan anda bersama dengan golongan yang rajin membaca, pastinya jauh berbeza dengan mereka yang tidak rajin membaca. Tentunya anda akan mendapati banyak topik-topik baru yang dapat dikongsi jika anda bersama golonga

Di saat itu

Di saat kita diduga dengan penyakit seperti demam, pasti kita akan mengeluh kesakitan dan hampir-hampir sahaja berputus-asa. Kita merasakan alangkah pedihnya sakit ini. Namun, di saat kita hampir pulih ataupun telah sembuh, pastinya dalam sekelip mata kita akan merasakan kelegaan yang teramat sangat. Seolah-olah mendapat jiwa yang baru. Sesungguhnya sakit yang datang menimpa selalunya tidaklah sebanyak keenakan nikmat yang datang. Akan tetapi kehadirannya seketika kian dirasai umpama seluruh hidup mengesalinya. Memang di dalam banyak-banyak nikmat, nikmat sembuh daripada penyakit ini merupakan yang saya rasa paling berharga sebenarnya. Sebab, kita sendiri tidak mampu menentukan bila ia akan hilang melainkan dengan kehendak Allah. Suka untuk saya tuliskan, apabila hadirnya sebuah kepahitan pastinya ia akan pergi dengan seribu kemanisan. Tanpa mengenal erti susah, kita tidak akan menghargai sesebuah kesenangan.