Tentang membaca

Membaca adalah suatu aktiviti yang sangat bagus. Ia memberikan kesan yang sangat besar kepada pemikiran.

Pemikiran kita pada hari ini boleh berubah hanya disebabkan kita membaca beberapa patah perkataan. Apatah lagi, jika kita membaca beribu patah perkataan.

Kadang-kadang, kita selalu merasakan dunia kita kecil kerana kita tidak pernah berjalan jauh daripada tempat asal kita. Namun, itu semua mampu diubah hanya dengan membaca.

Orang yang membaca sebuah buku umpama dia telah mengembara ke banyak tempat. Sedangkan orang yang mengembara ke kebanyakan tempat sebenarnya dia masih lagi seperti orang yang membaca sehelai muka surat.

Alam ini, banyak rahsia sebenrnya. Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dirungkai melalui pembacaan yang kontsisten dan diperbincangkan.

Perbualan anda bersama dengan golongan yang rajin membaca, pastinya jauh berbeza dengan mereka yang tidak rajin membaca.

Tentunya anda akan mendapati banyak topik-topik baru yang dapat dikongsi jika anda bersama golongan yang rajin membaca.

Jikalau memberikan ulasan, pastinya merekalah golongan yang dapat memberikan ulasan yang penuh berilmiah dan hujah yang mantap.

Pada masa yang sama, kerajinan membaca itu juga perlu diselarikan dengan sumber diambil ataupun medium yang digunapakai.

Apakah gunanya kalau rajin membaca tetapi bahan bacaanya ialah komik, majalah hiburan ataupun bergantung kepada laman sosial sahaja yang belum tentu terbukti kebenaranya.

Jikalau mahu membaca, bacalah buku-buku yang boleh menambahkan pengetahuan yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Adakalanya, kita mempunyai pengetahuan, namun pengetahuan tersebut tidak kesan langsung pun kepada perubahan dunia. Contohnya, kita mengetahui beribu kisah mengenai seorang artis. Dariapada dia lahir hingga kepada aib rumah tangganya.

Oleh itu, berusahalah untuk menjadikan sikap rajin membaca itu sebagai suatu kebiasaan buat diri. Jika anda memang rajin membaca, galakkanlah rakan-rakan anda di luar sana yang masih lagi tidak minat membaca untuk memulakan pembacaanya.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.