Menunggu sehingga menjadi baik?


Kalaulah di dalam dunia ini, semua orang bertangguh untuk melakukan da'wah kerana menunggu menjadi baik, sampai bilakah agaknya kebaikan itu dapat disebarkan dan kemunkaran dapat dicegah?

Kalaulah demikian, sampai bilakah kita hendak membiarkan umat terus hanyut dibuai kelalaian?

Kalaulah sebegitu rupanya, adakah kita sanggup membiarkan kebatilan bermaharaja lela dan berkuasa di atas muka bumi ini?

Adakah wajar untuk kita terus diam dan mementingkan diri kita sendiri?

Mengapa ada sebahagian dari kalangan mereka yang telah faham dan jelas akan perbezaan di antara kebenaran dan kesesatan masih memilih untuk menyembunyikan diri?

Mengapa perlu begitu?

Malukah? 

Dimanakah silapnya?

Sepatutnya, mereka yang telah timbul di dalam hatinya, suatu naluri dan keinginan yang suci, untuk tidak berlengah lagi untuk mengorak langkah dan menuju kehadapan untuk menegakkan kebenaran. Melakukan amar maaruf dan nahi munkar.

Menunggu tidak akan membuahkan hasil melainkan kejahatan yang terus-menerus berjalan.

Point utama di sini adalah, bagi mereka yang merasakan bahawa mereka tidak mampu berdakwah kerana mahu memperbaiki diri, maka sebenarnya sangkaan mereka adalah silap.

Sebenarnya, berdakwah, adalah cara yang terbaik untuk memperbaiki diri.

Secara zahirnya, kita melihat orang yang berdakwah adalah seolah-olah orang yang sibuk memperbetulkan orang lain.

Hakikatnya, mereka yang berdakwah kepada orang lain, adalah orang yang sedang memperbaiki dirinya.

Mereka yang sedang berdakwah adalah sebenar-benarnya orang yang sedang meningkatkan dan memperelokkan syakhsiahnya.

Mereka bukan sekadar mengajak, tetapi mereka juga sedang belajar nilai sebenar terhadap perubahan di dalam diri.

Takutkan cacian dan makian?

Itu adalah perkara biasa di dalam dakwah.

Mungkin, untuk kali pertama dan kali kedua kita akan merasakan perit akan ujian-ujian tersebut. Tetapi, andai kita terus-menerus istiqamah dan tidak berputus-asa, lama-kelamaan ia akan menjadi lali.

Bahkan, mereka yang berdakwah dan menghadapi ujian dan rintangan dari para penentang adalah sangat beruntung. Merekalah yang akan belajar banyak perkara.

Risaukan pujian dan kemasyhuran?

Untuk ini, anda tidak sepatutnya risau kalau anda benar-benar jelas akan matlamat dan jalan yang ada pada diri anda.

Kalau orang hendak memuji, anggap sahajalah ia sebagai suatu layanan yang baik dan juga peluang untuk anda lebih rapat dan mendekati si tukang puji itu tadi.

Namun, jangan mudah termakan pujian orang. Balaslah ia dengan doa yang bagus.

Penutup

Oleh itu, bergeraklah dari sekarang. Mulakanlah dari hari ini. 

Bergeraklah di atas kalimah mulia baginda SAW ,

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".




Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.