Hari ini mesti lebih baik dari semalam.

Beruntunglah siapa yang hari ini lebih baik dari semalam,
Rugilah bagi sesiapa yang hari ini sama sahaja seperti semalam,
Celakalah mereka yang pada hari ini lebih teruk dari semalam.

Kata-kata di atas merupakan mafhum daripada sebuah hadis baginda SAW.

***

Daripada apa yang telah disebutkan tadi, nescaya seorang manusia yang sihat akal fikirannya merasakan sesuatu perkara.

Dia sepatut berasa seronok andai dia berjaya mencapai suatu kejayaan baru hari-harinya yang mendatang dan berasa sedih andai dia mensia-siakan hari-harinya yang berlalu.

Seandainya, para muslim menyahut seruan ini, nescaya agama ini iaitu agama Islam, mampu mengembalikan kegemilangannya oleh kerana mutu dan kualiti ummatnya senantiasa bertambah baik dan berkembang maju setiap hari.

Namun, masih tidak ramai lagi yang menyedari perkara ini secara hakikatnya. 

Cabaran pada masa kini adalah apabila kebanyakan dari kalangan ummat Islam termasuk diri kita sendiri yang masih lagi mudah terhanyut dan dibuai keseronokan. Lebih menakutkan lagi apabila kita meletakkan hiburan dan keseronokan sebagai matlamat utama.

Akhirnya, kita tidak lagi mempedulikan sejauh mana kualiti perkembangan hidup kita. Maju atau mundur. Semakin kehadapan atau jauh ketinggalan dibelakang. Apa yang kita pedulikan hanyalah masalah peribadi kita sahaja. 

Kita risau kalau kita tidak mampu berseronok (baca : yang membawa kelalaian) setiap hari.

Mereka yang harinya lebih baik daripada semalam, adalah mereka yang telah memperbanyakkan persiapan untuk menghadapi hari akhirat.

Setiap hari mereka melakukan tanaman dan membaja tanaman mereka yang berbentuk amal soleh dan dakwah, supaya dapat dituai di hari kebangkitan kelak.

Tidak sempat untuk mereka memikirkan perihal-perihal keduniaan yang tidak membawa keuntungan buat akhirat. Tapi bukan bermakna mereka sekadar beruzlah dan beribadah.

Mereka senantiasa berusaha sedaya memenuhi hak-hak yang wajip ditunaikan, seperti hak terhadap Allah, hak terhadap dirinya, keluarga, masyarakat, jiran tetangga mahupun negara. Apatah amal dan ibadah peribadi.

Penutup 

Jiwa seorang muslim yang beriman, senantiasa sensitif terhadap apa yang berlaku setiap hari. Terutamanya keadaan yang berlaku di sekelilingnya. Dia sentiasa sedar bahawa kewujudannya di atas muka bumi ini, bukanlah sebuah kewujudan yang sia-sia. Bahkan, ada peranan yang tertentu seperti menjadi hamba Allah dan khalifah di atas muka bumi.

Menyahut seruan yang disebutkan di dalam hadis yang telah disebutkan di atas akhirnya, akan membawa seseorang itu mampu mencapai 2 peranan besar seseorang itu di atas muka bumi.

Tanpa perubahan seorang manusia yang hidup itu, menjadikan ianya tiada beza dengan jasad yang mati.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.