Iman dan Maksiat.

Sebuah hadis baginda Rasulullah SAW :

(لا يزنى الزاني حين يزنى و هو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق و هو مؤمن)

-متفق عليه-

Mafhumnya bermaksud :

"Tidaklah seseorang penzina itu ketikamana dia sedang berzina dirinya berada di dalam keadaan beriman. Dan tidaklah juga seseorang itu mencuri, dirinya berada di dalam keadaan beriman ketikamana dia sedang mencuri."

Sidang pembaca yang budiman,

Hadis di atas secara jelasnya menunjukkan kepada kita, bahawasanya iman memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi akhlak dan keperibadian kita.

Ia telah menyatakan kepada kita 2 situasi yang berbeza, namun berdasarkan punca yang sama, iaitu apabila terlucutnya iman.

Situasi pertama menceritakan perihal seseorang yang melakukan dosa berzina dan situasi kedua pula menceritakan perihal seseorang yang melakukan jenayah mencuri.

Berdasarkan apa yang baginda SAW nyatakan di dalam hadisnya, menjelaskan juga kepada kita, bahawa seseorang yang beriman dan juga memiliki iman yang benar, pastinya tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan keji tersebut.

Maka, kerana itulah baginda SAW menyebutkan, ketika mereka sedang melakukan perbuatan-perbuatan tersebut, mereka berada di dalam keadaan diamana, hilangnya iman mereka.

Pernan iman memelihara diri dari kemunkaran.

Sidang pembaca yang dimuliakan,

Apa yang kita boleh belajar daripada apa yang telah dinyatakan daripada hadis yang telah disebutkan tadi ialah, iman merupakan komponen terpenting di dalam memelihara diri seseorang manusia, lebih-lebih lagi daripada melakukan maksiat dan kemunkaran.

Lemahnya iman adalah punca yang paling besar yang menyebabkan seseorang itu terjatuh ke lembah dosa dan maksiat. Berlakunya kelemahan tersebut adalah apabila manusia, terutamanya para muslim tidak menjaganya dan memperbaharuinya setiap masa dan setiap waktu.

Apabila jiwa kita berasa takut untuk melakukan maksiat ataupun merasa risau setelah melakukannya, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa iman kita kuat dan meningkat.

Namun, apabila sebaliknya berlaku, apabila kita tidak takut dan berani untuk melakukan dosa dan maksiat, tidak kiralah secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, maka, pada ketika itulah iman kita sedang lemah dan merundum.

Dimanakah letaknya iman ?

Iman itu terletak di hati. Hati manusia.

Kerana itu, apabila dikatakan kepentingan memelihara hati, ia adalah kerana ia sangat berkait rapat dengan iman.

Hatilah yang menggerakkan seluruh jasad manusia untuk melakukan setiap suatu perkara.

Pergerakan hati sentiasa akan dipengaruhi dua perkara yang berlawanan iaitu, iman dan nafsu. Nafsu juga menetap di hati.

Seandainya iman yang mendominasi hati seseorang, maka segala pergerakan dan perilakunya adalah berlandaskan iman. Segalanya baik dan mulia.

Akan tetapi, yang menakutkan ialah apabila nafsu yang mepengaruhi hati seseorang, maka di saat itulah perbuatannya adalah berdasarkan hawa nafsunya dan selalunya, apabila seseorang dikuasai oleh hawa nafsunya, pada masa itulah dia akan cenderung melakukan kerosakan.

Sifat iman.

Bagi kita, manusia biasa, iman kita akan sentiasa naik dan turun. 

Ada masa naik dan ada masa turun.

Unsur-unsur yang membantu peningkatan iman adalah apabila melakukan amal soleh, bertafakur dan juga melakukan kebajikan kepada para masyarakat.

Sedangkan turun dan jatuhnya iman boleh terjadi apabila kita leka dan lalai, malahan apabila kita melakukan dosa dan kemunkaran. 

Bahkan, suatu peringatan buat diri kita adalah, kita semua tidak terlepas dari godaan iblis dan syaitan yang tidak pernah putus melalaikan dan menyesatkan anak adam.

Penutup.

Sidang pembaca yang dihormati,

Sebagai suatu keperluan untuk kita senantiasa berusaha memelihara dan membangun kekuatan iman yang ada di dalam diri kita.

Pada masa yang sama, adalah suatu kemestian juga untuk membantu orang di sekeliling kita bersama-sama saling ingat-meningat di antara satu sama lain agar kedudukan iman sentiasa berdiri teguh di dalam hati.

Mereka yang mengecapi kemanisan iman, pastinya merasa seronok melakukan amal dan ibadah kepada Allah, serta melahirkan ketenangan dan kebahagiaan. 

Di saat itulah , mereka juga sedar betapa pahitnya sesebuah dosa.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.