Anda Serabut dengan Masalah?

19.8.2019

Sekarang berumur 27 tahun.
Berimpian untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya walaupun tak terkenal.
Yang penting boleh buat sales puluh-puluh ribu per month for minimum reach.

Yang penting kena ada apa?

Kena ada fokus dalam hidup!
Kena ada perancangan dan strategi yang efektif.

Masih perlu banyak belajar lagi ni.

Apa yang nak dikongsikan hari ni?

1 masalah yang besar tu akan jadi susah untuk diselesaikan jika kita cuba untuk selesaikan secara langsung sekali gus. Tetapi, ia akan menjadi ringan jika kita pecahkannya kepada serpihan-serpihan kecil dan kita selesaikan sedikit-demi-sedikit.

Ibarat macam nak patahkan segenggam batang mancis. Kan susah tu.
Cuba kalau kita ambil sebatang-sebatang ataupun dua atau tiga batang dan kita patahkan sikit-sikit.
Pastikan akhirnya kita akan dapat patahkan semua.
(Takde kerja ke patahkan batang mancis banyak-banyak?)
Sekadar perumpamaan je.

Macam tulah juga dengan masalah kita.

Kalau kita rasa kita ada banyak masalah, cuba susun balik dan selesaikan satu-persatu.

InshaAllah, lama-kelamaan semua masalah kita akan selesai.
Dan, kita haruslah bersabar, kerana sabar itu adalah ibu kepada segala kejayaan sepertimana yang ditulis di dalam sebuah pdf bertajuk "Mencari Pahlawan Indonesia"karangan Anis Matta.

Untuk menyelesaikan satu-satu masalah juga perlukan keyakinan bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan. Itulah juga sebenarnya, halangan pertama setiap orang apabila cuba menyelesaikan apa-apa jua masalah apabila dia tidak yakin dan dia tidak nampak bahawa masalah tersebut boleh diselesaikan.

Ok, sembang macam mudah, nak buat belum tentu tahu. Tapi tuan-tuan dan puan-puan bolehlah cuba tips yang saya kongsikan harini, sebab, saya juga manusia dan memiliki masalah tersendiri.

Kita semua mencari jalan penyelesaian.
Apapun usaha kita, akhir sekali Allah swt lah yang maha menyelesaikan segala masalah.
Dialah sebaik-baik tempat untuk kita berharap, sekiranya kita diuji dengan pelbagai masalah.
Kenapa tak sebut je benda ni dari awal? Baru teringat. Hehe.

Jadi, apa-apa jua yang berlaku, kembalilah kepada Allah swt.

Ingatlah, dengan berfikir sejenak, kita akan dapat meningkatkan iman kita.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.