Apa yang kita boleh belajar dari covid 19?

Apa yang kita boleh belajar dari wabak covid 19?
Ia mengajarkan kepada kita bahawa , manusia kadang-kadang lupa, bahawa bukan semua benda manusia mampu kawal dan kuasai.
Sampai suatu masa, Allah swt nak didik manusia bahawa manusia ada limit dan kemampuan yang tidak akan mampu dicapai melainkan dengan izin Allah swt.
Kadang-kadang, kita rasa macam semua benda yang kita berjaya capai adalah semata-mata daripada kudrat dan kemampuan diri kita, tanpa kita menyedari sebenarnya ia adalah inayah dan keizinan dari Allah swt.
Sehinggalah kita sendiri lupa, dan sanggup meninggalkan kewajipan kita kepadanya. Lebih teruk lagi adalah apabila kita merasa bongkak dan berani untuk melakukan sesuka hati sesuatu perkara tanpa menghiraukan garisan-garisan yang telah Allah swt hadkan.
قوله تعالى: وتلك حدود الله ومن يتعد حدود الله فقد ظلم نفسه
Firman Allah swt mafhumnya : "Dan inilah hudud (batasan) Allah swt, dan barangsiapa yang melampaui batasan Allah swt, maka dia telah menzalimi dirinya.
wallahualam.

Selasa,
7.4.2020.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.