Semakin Banyak Seseorang Beramal, Semakin?

 Muhasabah.

Semakin seseorang itu beriman kepada Allah swt, hidup dia bukan akan makin tenang, tapi hidup dia akan makin banyak ujian dan cabaran.

Kadang-kadang, kita menyangka, kita nak buat ibadah banyak-banyak supaya, dengan ibadah yang kita lakukan, akan buatkan hidup kita lebih senang.

Dengan bersandarkan logik, kalau kita disayangi Allah swt, Allah swt akan memberikan kita macam-macam pemberian.

Allah swt tidak ada masalah untuk memberikan segala apa yang kita mahu.

Tapi, pada masa yang sama, kita harus ingat, bahawa Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita melebihi apa yang kita tahu.

Contohnya, kita minat kereta, kita pun minta kepada Allah swt untuk memberikan kita kereta, tapi, Allah swt cuma hadiahkan kita sebuah motor. Kita pun sedih, kerana tak sampai-sampai kesempatan dan kemampuan untuk membeli kereta.

Rupa-rupanya, motor yang Allah swt berikan kepada kita itu, lebih bermanfaat daripada kereta. Memandangkan gaji kita kecil, contohnya, kos minyak dan penyelenggaraan lebih murah tiap-tiap bulan.

Pada masa yang sama, keperluan kita pula adalah bergerak ke sana dan ke sini dengan cepat. Keadaan jalan pula, kita terpaksa mengharungi jalan yang selalu jem dan sesak. Boleh jadi, di situlah kita akan lihat motor yang Allah swt kurniakan kepada kita tadi, lebih baik sebab dapat cilok-cilok kanan dan kiri,dan akhirnya sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

Itu sekadar contoh. 

Nak menceritakan tentang ujian dan amal.

Janganlah beramal, semata-mata kita nak hajatkan kita ditunaikan sahaja. Apabila beramal sedimkian rupa, kita akan diuji di antara dua bentuk :

1. Hajat kita tidak ditunaikan, dan kita rasa bahawa segala amal kita sia-sia. Sedangkan kita lupa, bukanlah kewajipan Allah swt memberikan apa yang kita mahu.

2. Hajat kita ditunaikan, ini adalah ujian yang lebih berat. Akhirnya, menjadikan kita seorang yang riak dan bangga dengan amalan yang kita lakukan. Menyebabkan kita berasa bahawa, amalan kitalah sebaik-baik amalan, sehingga kita memandang rendah amal soleh yang dilakukan oleh orang lain, hanya kerana hajat mereka tidak tertunai.

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi Allah swt, amalan seseorang diterima, bukanlah diukur apa yang dicapai di dalam hidup. Segalanya akan terjawan bukan di dunia semata-mata, tetapi juga di akhirat kelak.

Ada orang yang kita lihat macam tidak pernah beramal, tetapi dialah sebenarnya yang bangun malam bertahajjud dan bermunajat kepada Allah swt.

Ada orang yang kita lihat macam galak beramal di hadapan orang ramai, tetapi sebenarnya hanyalah sebuah lakonan.

Saya bukan mengaja untuk bersangka buruk, cuma ingin membetulkan persepsi pada perihal perkara yang harus kita tumpukan ketika beramal, iaitu redha Allah swt.

Renung-renugkan, para Nabi Alaihimussalam, para Rasul Alaihimussalam dan Para Sahabat Rnhum ajmain, adalah manusia yang kita kenalpasti sebagai individu-individu yang telah mendapat pengkitirafan daripada Allah swt semasa mereka masih hidup lagi. Adakah mereka hidup dengan senang-lenang dan bermewah-mewah?

Tidak sama sekali. Ada di antara mereka yang memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pun, masih takut apa yang mereka dapat itu tidak disempurnakan di sisi Allah swt. Ada di kalangan mereka yang banyak harta pun risau, andai harta-harta tersebut menjadi hujah ke atas mereka di akhirat kelak.

Dan, secara puratanya, hidup dalam keadaan berjuang untuk menempuh segala ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt, samada penentangan manusia dan juga syaitan.

Sebenarnya, saya berhajat untuk menulis secara ringkas, tiba-tiba terasa untuk bersyarah panjang.

Cuma, saya mengharapkan apa yang saya cuba sampaikan di sini dapat difahami, bahawa, janganlah kita berputus-asa jika diuji oleh Allah swt.

Ujian Allah swt, tanda Allah swt menyangi kita dan ingin menghapuskan dosa kita. 

wallahualam.




Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.