Ibrah dan perkongsian master daripada seorang ustaz yang sedang taqdim phd di mesir.

  1. Banyakkan membaca
  2. Stanby tajuk dari awal
  3. Masadir kena banyak, AT LEAST 300
  4. Latih irab, insha dan bacaan hadis.
  5. Jangan harapkan kelas, lebihkan pada murajaah.
  6. Sentiasa rasa cam takde ilmu sampai mati.
  7. Mencabar tu baru namanya belajar
  8. Digalakkan amik master syariah, kerana perbahasan yang luas.
  9. Kalau ada duit, amikla master di kuliah yang tersusun sistem dan jadual.
  10. Banyakkan mentelaah kitab hadis.
  11. Kalau ada duit jugak, belilah kitab banyak2.
  12. Sediakan tajuk bahas lebih awal supaya ada tasawur yang jelas.
  13. Sebaiknya menghabiskan belajar bidang agama di negara timur tengah.
  14. Kepayahan di master, jangan sampai tak habis. seeloknya sampai mampu sambung phd. (elakkan tajuk yang terlampau susah).
  15. Nanti dah phd, pulunlah habis-habis.
  16. Surveylah musyrif yang sporting dari awal. supaya karenah musyrif bukan isu tak habis master.
  17. Tidak digalakkan terikat dengan mana-mana sponrsorship. (supaya tak tertahdid dalam isu membuat kajian dan pilihan)
  18. Cubalah untuk elakkan sistem universiti tu, menjadi isu yang menyusahkan untuk menghabiskan master. biarlah payah tu, masa proses kita belajar. 
  19. Penutup 1 : ilmu takkan dapat dikuasai, kalau belajarnya senang-lenang dan terbatas.
  20. Penutup 2 : ulama warak itu lebih dekat kepada taqwa, daripada ulama ilmu..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
21. Tambahan : Ketikamana ustaz tersebut kelihatan macam tidak boleh pergi jauh lagi di dalam bidang master, maka musyrifnya bertanya , "kau dah kahwin ke belum?", lalu dia menjawab, "tidak". Maka dia dinasihatkan untuk berkahwin. Setelah nasihat tersebut di ambil, dan dia berkahwin, barulah perjalanannya bertambah lancar semula.

"Semoga Allah menjadikan kita di dalam kalangan orang-orang berilmu dan bertaqwa"



Sedikit info berkenaan ustaz tersebut :

Nama : Faisal  
>Selangor
> BA di azhar
> master di syria
> tengah nak taqdim PHD



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.