Success Start from a Dream.






Kadang-kala kita tertanya-tanya,

"Darimana datangnya kejayaan?"

Kerana ada sebahagian daripada kita tidak mampu melihat jalan perlu ditempuh untuk menuju kepada kejayaan.

Lalu, kita merasa putus-asa dan tidak berharap akan apa-apa kejayaan melainkan ianya datang bergolek.

Sebenarnya, INILAH PEMIKIRAN YANG SALAH!



"Kejayaan adalah milik semua orang".


Orang yang berfikiran seperti orang yang disebutkan tadi sebenarnya telah tersilap cara di dalam memandang makna dan nilai sesebuah kejayaan.

Kerana apa?

Kerana dia merasakan kejayaan itu adalah pencapaian-pencapaian yang berjaya dilakukan oleh sebahagian individu-individu yang telah menempa nama di dalam dunia dan sejarah.

Kalau di dalam dunia perniagaan, kita boleh lihat pada zaman kini, ikon-ikon yang menjadi lambang sesebuah kejayaan antaranya :


  1. Bill Gates - Microsoft.
  2. Steve Jobs - Apple.
  3. Ananda Krishnan - Astro.
  4. Syed Mokhtar Al-Bukhary - Pengerusi Yayasan Al-Bukhary.
  5. Irfan Khairi - Jutawan Internet.
  6. Donal Trump - Jutawan
  7. Warren Buffett - Jutawan


Kalau di dalam sejarah ramai juga yang telah berjaya mencipta nama seperti :


  1. Rasulullah SAW - kejayaan mengubah sistem dan cara hidup manusia yang sebelum ini bertuhankan berhala kepada sistem yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT.
  2. Imam as-Syafie Ra - Orang yang pertama menyusun ilmu usul fiqh
  3. Ibnu Sina - Tokoh perubatan yang juga seorang ulama.
  4. Parameswara - Orang yang mengasas Tanah Melaka.
  5. Sultan Muhammad Al-Fateh - Pembuka Kota Konstantinople

Cukuplah dengan contoh-contoh tadi. Seandainya mahu disenaraikan para manusia yang telah mencapai kejayaan di dunia ini, pastinya sampai berjilid-jilid mukasurat buku seperti buku Siyaru A'alam An-Nubalaa (سير أعلم النبلاء) karangan Imam az-Zahabi.

Namun, setelah membincangkan tentang siapa yang bejaya dan juga persoalan tentang makna sesebuah kejayaan, suka untuk saya fokuskan telebih dahulu akan apa yang sepatutnya dilakukan dan langkah yang paling awal kita ambil untuk mencipta sesebuah kejyaan. Kejayaan bukanlah setakat perlu dicapai tetapi yang paling benar sekali adalah, ianya dicipta dan direka.

"Perjalanan beribu batu bermula daripada selangkah tapak".

Untuk memulakan kejayaan anda perkara pertama yang perlu anda letak di dalam diri anda adalah :


BERMIMPI.


I have a DREAM !


Bermimpilah dan beranganlah. Lagi mustahil, lagilah bagus. Asalkan tidak melanggar syarak dan menurut nafsu yang tercela.

Kerana kejayaan-kejayaan besar tokoh-tokoh yang telah saya ceritakan tadi, kebanyakan bermula dengan impian yang orang 'biasa' katakan sebagai GILA. Rasulullah SAW sendiri pun diejek oleh kaumnya dengan mengatakan baginda SAW gila, tidak waras, penyair dan juga ahli sihir.

Namun, berkat kesabaran dan tekad baginda SAW serta keyakinan baginda SAW bahawa agama ini akan tertegak di seluruh alam, maka akhirnya Allah SWT memberikan kemenangan kepada baginda SAW.

Padahal, kejayaan Rasulullah SAW membawa Islam hanya bermula di sebuah rumah bersama-sama dengan segolongan kelompok yang tiada apa-apa tempat pun di dalam masyarakat. Ada yang miskin, anak yatim, yang dihalau oleh keluarga, bahkan hamba sahaya.

Tetapi, itu tidak menjadi alasan untuk memenuhi impian baginda SAW menegakkan kebenaran di atas muka bumi, di samping menunjukkan ketaatan baginda SAW terhadap Allah SWT dan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diletakkan di atas bahu baginda SAW dengan penuh jujur dan amanah.

Maka, pesanan saya untuk mereka yang masih lagi kabur :

  1. Beranikan diri bermimpi
  2. Letak cita-cita untuk mendapat kejayaan yang paling besar.
  3. Sejarah tidak akan mengasihi orang yang lemah.
  4. Jangan menjadikan kelemahan dan cabaran sebagai alasan untuk membunuh cita-cita tersebut.
  5. Dunia ini akan menjadi lebih indah apabila ramai orang bekerja untuk mencapai cita-cita mereka.
  6. Orang yang tiada cita-cita akan bekerja dengan mereka yang mempunyai cita-cita.
  7. Allah SWT mengira sesuatu amalan itu pada usaha, bukan pada hasil.

"Kalau cita-citamu itu masih lagi tidak menakutkan dirimu, sudah tentu ianya masih lagi kecil dan tidak mencabar".







Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.