Salam Aidiladha 1436h.




Salam Aidiladha 1436h!

Eid Mubarak. Eid Saied. Eid bi barakatillah wa rahmatuhu.

Semoga kehadiran eidul adha pada tahun ini mampu mendidik kita untuk menghayati harga dan nilai sesebuah pengorbanan.

Dari pengorbanan, terbuktilah ketaatan. Iaitu, ketataan kepada Allah SWT.

Tidak diangkat darjat seorang hamba itu, melainkan kesanggupan ia untuk mengorbankan kehendak nafsunya demi meraih keredhaan dari Allah SWT.

Itulah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh para anbiya yang terdahulu.

Di dalam melakukan pengorbanan, Nabi Ibrahim As telah dipilih oleh Allah SWT menjadi simbolik bagi nilai dan sikap sebegini.

Kalau tidak kerana kesanggupan baginda As, nescaya kita tidak kenal erti pengorbanan sebenar. Pengorbanan yang akhirnya memandu kita menuju kepada kasih sayang dan rahmat Allah SWT.



                                                                      Salam eiduladha.
Kullu sanah wa entum bi khair.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.