Mesir dan Kebebasan Masa.
"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut."
Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir.
Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada.
Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup.
Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho.
"Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?"
Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam :
"Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak.
Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-temeh.
Sekiranya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perbuatan yang baik, nescaya engkau akan disibukkan dengan perbuatan yang buruk."
Comments
Post a Comment