New Me, 2015.

"New year, new me," They say.


Sebuah quote yang saya jumpa di twitter. Namun, kebanyakan responnya ialah troll. Haha.
Entah apa yang kelakarnya, saya pun tidak pasti. Kemungkinan tidak ramai yang benar-benar menghayati kepentingan perubahan di dalam diri. 

Apa yang pasti, ramai orang lebih suka menganggap tahun baru adalah saat untuk berseronok dan berpesta kerana majlis-majlis sambutan yang diadakan.

Kalau mat saleh memang paling galakla. Mereka memang suka berparti, berseronok dan berjoget. Itu bukanlah budaya kita.

Pada masa yang sama, tahun baru bukanlah perayaan orang Islam. Namun, kita percaya setiap waktu perubahan itu berlaku.

Kita menganggap tahun baru adalah sebahagian dari perjalanan masa.

Sebagai seorang muslim, setiap hari kita perlu berazam untuk memperbaharui diri kita. Menjadikan diri kita pada esok hari adalah lebih baik daripada semalam. Tidak statik dan tidak kekal sama.

Untuk itu, andai kita merasakan keperluan untuk menanamkan resolusi bagi tahun yang baru, itu terpulang kepada diri kita. Yang penting ialah, perubahan diri kita. 

Selain daripada itu, nilai-nilai barat yang buruk seperti berparti dan berpesta juga tidak perlulah untuk diterapkan bersama. Cukuplah dengan kerosakan yang berlaku.

******

Sememangnya fitrah manusia, menyukai benda-benda yang baru dan segar. Maka, disebabkan itulah kita senantiasa diingatkan untuk memperbaharui segala apa yang pada diri kita. Terutamanaya, niat, iman, taqwa, amal dan kefahaman serta berbagai lagi perkara.

Sesuatu perkara yang sentiasa kelihatan baru akan dilihat sebagai sesuatu yang kuat, cantik dan teguh. Tidak buruk dan tidak mudah rosak.

Bayangkan, sebuah kereta yang sentiasa kelihatan seperti sebuah kereta yang baru walaupun sudah 10 tahun digunakan. Tentunya nilai kereta tersebut akan mampu dikekalkan. Bahkan, boleh jadi, menjadi lebih mahal.

Kerana itulah, kita seharusnya menjaga dengan baik apa yang ada pada diri kita sebaiknya dan sentiasa memperbaharuinya dengan baik dan cantik.

******

Semoga tahun baru yang hadir memberikan inspirasi yang baik buat sahabat-sahabat di luar sana. Andai ada kesilapan yang pernah dilakukan, belajarlah untuk tidak mengulanginya. Andai ada pekerjaan yang sedang dilakukan, belajarlah untuk meningkatkan mutunya.

"Beruntunglah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam."

Comments

  1. Salam ziarah dari sang Musafir ^_^.
    http://macam2kehidupan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.