Specialnya Nabi kita SAW ini, mengapakah sedemikian?




Kita disuruh untuk mengikuti segala bentuk kehidupan yang dilalui oleh Baginda SAW. Dan segala perbuatan baginda SAW adalah berdasarkan wahyu. Apa yang telah baginda lakukan adalah hujjah kepada sesuatu hukum.

Namun, ada sebahagian daripada perbuatan baginda yang sememangnya eksklusif untuk baginda sahaja. Dimana perbuatan tersebut tidak sah dilakukan selain daripada baginda SAW. Contoh yang paling jelas ialah kebenaran kepada baginda SAW untuk berkahwin seramai melebihi 4 orang.

Tentunya kita tertanya-tanya, mengapa baginda ada kelebihan yang tidak diberikan kepada orang biasa seperti kita.

Walaupun kita tahu, baginda SAW adalah kekasih Allah ataupun sememangnya memang ada kisah disebaliknya, tentunya di hati kita membutuhkan jawapan yang mampu menenangkan hati kita.

Di sini, kalau kita benar-benar menghayati kehidupan baginda SAW, nescaya kita tidak akan persoalkan kelebihan-kelebihan yang Allah SWT berikan kepada baginda SAW.

Yang paling kita perlu faham dan jelas tentang baginda SAW ialah, baginda SAW bukanlah diangkat dengan keadaan goyang kaki atau duduk diam dan berehat-rehat.

Baginda SAW sendiri menempuhi kehidupan yang penuh liku dan cabaran serta kesusahan yang tidak mampu kita bayangkan keperitannya.

Baginda SAW diejek, dihina, dituduh dengan berbagai tuduhan seperti gila, penyihir, penyair dan juga cubaan-cubaan bunuh. Kalau kita fikirkan, seseorang yang disayangi Allah sepatutnya dipelihara dan dilindungi dari sebarang ancaman. Akan tetapi, mengapa apa yang baginda SAW terima sebaliknya.

Disini, sebenarnya ada suatu sifir yang mudah iaitu :

Allah SWT tidak mengangkat seorang hamba itu melainkan diujinya.

Maka, benarlah apa yang telah disebutkan Allah SWT,

"Sesungguhnya di dalam kesulitan itu, ada kemudahan."

Maka, tidak hairanlah sebenarnya apabila baginda SAW diberikan berbagai kelebihan yang bersifat eksklusif atau yang disebut sebagai khususiat.

Kalau dibandingkan kelebihan yang baginda dapat berbanding dengan kesusahan, kepayahan dan kepenatan yang ditanggung oleh baginda SAW lebih besar sebenarnya beban berbanding kemudahan yang diterima.

Oleh itu, tidak perlu kita persoalkan khususiat yang bersifat eksklusif ini. Sebaliknya, teruslah menjadikan baginda SAW sebagai qudwah, dan kalau kita benar-benar ikhlas mengikuti jalan baginda SAW, maka ikutilah jalannya dengan melakukan dakwah dan tarbiyah.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Idea Merancang