Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat : Sebuah Pemergian yang Dirindui.













Semoga Allah merahmati pemergian tokoh dakwah yang sangat agung. 
Yang banyak mengajarkan kepada masyarakat nilai perjuangan memartabatkan Islam.
Yang mencelikkan kepada masyarakat di Malaysia khususnya, keperluan untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini.

Kita masih memerlukan ramai lagi ulama seperti ini.
Ulama yang telah menunjukkan qudwah dan tauladan yang baik.
Ulama yang turun berdakwah kepada masyarakat.
Bukan ulama yang sekadar berbangga dengan ilmunya.

Inilah insan yang layak untuk kita gelarkannya sebagai MUROBBI UMMAH.

Semoga Allah menggantikan tempatnya dengan lebih ramai lagi mujtahid dan mujahid yang ikhlas berjuang di atas jalannya.
Semoga ada lagi insan-insan yang mewarisi perjuangannya menegakkan Islam.

Semoga Allah menerima segala amalan dan pengorbanan serta jasa yang telah disumbangkannya buat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.
Semoga Allah menempatkannya bersama para Rasul, para Nabi, orang-orang Soleh, serta mereka yang diredhai Allah.







Al-Fatihah buat Tuan Guru, yang telah pergi bertemu ilahi,
pada hari Khamis, 12 Februari 2015.







p/s : Apa pula yang bakal kita tinggalkan buat ummah ini?





Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.