Menjawab sedikit kekeliruan yang kadang-kala ditimbulkan oleh para Perokok.




Terkadang terdapat dialog di antara si perokok dan kawan yang menegur berbunyi sedemikian ;

"Lan, kau tau tak, rokok ni bahaya! Menjejaskan kesihatan tau. Fatwa haram rokok pun dah keluar dah. Eloklah kalau kau berhenti rokok. Sampai bila lagi kau nak terus merokok ni?". Ujar Ahmad.

Lan ketika itu sedang berbaring di atas katil. Cuba menghilangkan sedikit keletihan sesudah pulang dari sekolah. Lantas dia membalas , 

"Apa yang kau mengarut ni Mad. Apa yang bahayanya?! Aku ok je. Sihat je. Boleh main bola wakil sekolah lagi. Kau tahu tak, orang kata kalau dah sampai ajal tu, mati jugak".

***

Sidang pembaca yang saya kasihi,

Saya agak tertarik untuk menjawab kekeliruan yang dinyatakan oleh perokok yang berpendirian sedemikian. Pernah kawan saya mengadu akan situasi tersebut.

Rata-rata orang akan terdiam dengan jawapan tersebut. Mungkin alasan tersebut kelihatan kukuh. Seakan-akan side-effect yang selama ini diwar-warkan seolah-olah sebuah pembohongan.

Maka beberapa point untuk menjawab jawapan tersebut adalah samada :

1. Apakah kita tergamak menanggung penyakit yang kita sendiri jemput?

Saya pernah berbual bersama pelajar perubatan. Ketika berbual ada sebuah topik yang diterangkan kepada saya berbentuk berikut :

"Kalau 10 perokok dikumpulkan di sebuah tempat. Pasti setiap orang akan mengalami penyakit yang berbeza."

Point-nya di sini ialah, mungkin ada orang merokok kena kanser, ada pula yang kena sakit jantung. Ada yang mungkin kesan sampingannya diterima secara pantas, ada pula yang diterima lambat. 

Pokok pangkalnya, orang yang merokok akan mudah dihinggapi berbagai penyakit. Jadi, adakah kita rela membiarkan tubuh badan kita dihinggapi apa jua bentuk penyakit?

Kita demam pun, kadang-kadang sudah mengeluh. Inikan pula kalau terkena penyakit kronik. Sanggupkah kita menanggung penyakit tersebut?

Bukan sekadar menyiksa tubuh badan sendiri, malahan akan menyusahkan orang lain.

Wang pula, terpaksa dibelanjakan secara besar demi menanggung kos perubatan. 

2. Semua orang akan mati, akan tetapi mati yang bagaimana kita mahu?

Kita semua tahu dan jelas bahawa hukum merokok adalah haram. Maka, setiap kali perokok menghisap rokok, selama itulah dosanya berjalan.

Setiap orang mengimpikan mati yang baik. Kematian yang dijamin syurga. Akan tetapi, apakah usaha yang dilakukan untuk memperoleh syurga tersebut?

Adakah orang yang sudah selalu bergelumang dengan dosa mampu menjamin dirinya untuk mendapat kematian yang baik?

Sedangkan para nabi dan para rasul serta orang-orang soleh sangat memelihara diri mereka daripada perkara-perkara yang sia-sia demi memastikan diri mereka menemui Allah di dalam keadaaan yang baik, inikan pula mereka yang memandang remeh pada isu haram dan halal.

***

Sebagai penutup yang boleh disimpulkan, semua orang boleh berubah termasuklah para perokok itu sendiri. Perubahan hanya akan tersekat prosesnya apabila beribu alasan yang dilontarkan.

Kesusahan kita meninggalkan perbuatan haram adalah kerana ia sudah menjadi rutin, kebiasaan dan sesuatu yang sebati ke dalam diri kita. Kerana itulah ia mencabaran untuk meninggalkannya.

Bagi para perokok di luar sana, janganlah menanamkan di dalam minda, bahawa merokok merupakan sesuatu perkara yang biasa dan tiada apa masalah akan timbul. Ia adalah salah!

Lambat atau cepat, kesan tersebut tetap akan ada.

Bahkan, hujah-hujah yang dilontarkan demi menghalalkan perbuatan anda hanyalah datang daripada nafsu semata-mata.

Tiada dalil syarak yang mengharuskan perbuatan anda.

Untuk yang sudah mula menegur kawan-kawan yang merokok atau ahli keluarga, teruskan menegur. Tiada ruginya usaha anda. Ingatlah, anda berada di jalan yang benar.







Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.