Pilihan.

Setiap hari kita akan sentiasa berdepan pilihan demi pilihan.

Tidur atau bangun.
Mandi atau gosok gigi sahaja.
Makan atau minum sahaja.
Datang awal atau lambat.

Ada sesetengah orang berpendapat, "Buat apa pilih kalau kita boleh buat dua-dua".

Mungkin betul, mungkin salah.

Tetapi, bukan setiap masa kita boleh melakukan dua perkara di dalam satu masa.
Bahkan, multi-tasking pun menurut sesetengah pendapat mengatakan ia tidak akan menjadi produktiviti yang berkualiti.

Maka, akhirnya, terpaksalah juga membuat pilihan.

Selalunya timbul kekeliruan, disebabkan kita terpaksa atau merasakan suatu kemestian untuk melaksanakan dua atau tiga perkara serentak kerana kita mahukan perkara-perkara tersebut diselesaikan dengan segera. Seolah-olah tiada hari esok untuk kita, bagi menyiapkan perkara-perkara tersebut.

Lebih parah adalah disebabkan kekeliruan yang berlaku, akhirnya kita mengambil jalan untuk berputus-asa dan tidak melakukan apa-apa.

Saya percaya, diluar sana, ada yang memiliki dilema seperti ini.

Dan, inilah juga yang berlaku kepada diri saya.

Penyelesaian untuk masalah ini, ada beberapa cadangan yang boleh dilakukan.

1. Samada kita memilih untuk melakukan salah satu, dari pilihan tersebut dan bersedia menghadapi segala apa kemungkinan yang terjadi.

2. Atau yang menjadi nombor dua adalah, kita memerlukan bantuan orang lain, jika situasinya adalah keperluan menyelesaikan dua, tiga perkara yang perlu diselesaikan di dalam masa terdekat. Jika perkara itu adalah perkara yang boleh dilaksanakan dengan penglibatan orang lain.

***
Sememangnya, kita tidak akan dapat lari daripada dua persimpangan di perjalanan hidup kita.

Lebih-lebih lagi jika, ia adalah melibatkan masa hadapan kita, atau kewangan ataupun apa-apa jua faktor yang memberikan kesan jangka masa panjang mahupun pendek.

Pastinya membuatkan kita berfikir panjang.

Mungkin, ada sesetengah di antara kita tidak merasakan beban untuk membuat pilihan.
Selamba je, dahlah.

***
Tidak salah juga untuk kita meminta nasihat orang-orang yang lebih berilmu dan berpengalaman di dalam proses kita membuat pemilihan.

Manalah tahu, di sana ada pandangan-pandangan yang lebih baik atau memberikan pencerahan pada keputusan yang akan kita lakukan.


ما خاب من استشار، ولا ندم من استخار

"Tidak akan kecewa mereka yang bermesyuarat, dan tidak akan menyesal bagi mereka yang meminta petunjuk (istikharah)"









Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.