Jujur atas Taubat.

Dalam banyak-banyak kisah taubat, bagi saya kisah Kaab Ibn Malik Ra. adalah kisah taubat yang paling menyayat hati pernah saya jumpa.
Disebabkan sedikit perlecehan dan penangguhan, beliau RA, tertinggal untuk mengikuti perang tabuk.
Pada ketika pulangnya Rasulullah SAW bersama para sahabat dari perang tersebut, beliau telah dipulaukan bersama 2 orang lagi sahabat yang lain.
Boleh sahaja beliau meminta excuse sepertimana yang dilakukan golongan kaum munafiq yang lain, dan dimaafkan. Tetapi, baginya, adalah baik untuk mengaku dan bersikap jujur atas kesilapannya.
Ketika dipulaukan, beliau terasa seperti dunia ini begitu sempit dan cuba kita bayangkan, sepertinya kita telah tahu yang Allah swt memberikan kemurkaan kepada kita dengan bentuk yang amat jelas dan nyata. Bukan sangka-sangka atau teka-teka. Sebab hukuman tersebut adalah langsung datang dari keputusan Rasulullah SAW.
Sehinggakan isterinya juga diminta untuk tidak dekat kepdanya, (tetapi tidak cerai) dan juga ahli keluarganya yang lain.
Suatu hari, pada hari ke 50 beliau dipulaukan, tiba-tiba ada orang berterika memanggil beliau dan mengatakan,
"Wahai Kaab, bergembiralah".
...
Kemudian, beliau RA menemui Rasulullah SAW dan menanyakan,
"Wahai Rasulullah, berita itu datang dari engkau atau dari Allah ?"
Rasulullah SAW menyebutkan,
"Ia datang dari Allah".
...
Disebabkan Kaab Ibn Malik Ra yakin bahawa ketidak-hadiran beliau menyertai perang tabuk bukanlah kerana beliau adalah seorang penakut, seperti para munfiqin dan hanya kerana kesilapan kecil, menjadikan beliau berpegang teguh bersikap benar dan tulus menghadapi hukumannya dan yakin akan kebenaran yang beliau pegang.
Setelah taubatnya diterima, beliau berhasrat untuk menyedekahkan seluruh hartanya, tetapi baginda SAW menyuruhnya untuk memberikan sebahgian sahaja dari hartanya.
Maka, beliau memberikan sahamnya dari perang khaibar.
Dan setelah itu, beliau berkata,
"Disebabkan aku dibebaskan oleh Allah SWT dengan kebenaran, oleh sebab itu, sebagai tanda taubatku adalah aku tidak akan mengatakan sesuatu selama aku hidup melainkan cakapan yang BENAR".
والله أعلم
...
Kisah dari buku : Golongan yang tercicir di atas jalan dakwah.
karangan Ust Fathi Yakan.
(Bahasa Arabnya : المتساقطؤن على طريق الدعوة)

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.