jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan







Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan . 

Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi 

"....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..."

ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight-kan daripada surah ini antaranya : 

1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni .

2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasai segala kesusahan dan keperitan sehinggalah dia dah tak mampu nak bangun lagi ataupun contoh yang lagi mudah kalau dikatakan jihad ilmu contohnya kita bersusah - payah keluar menuntut ilmu daripada awal pagi dan kita berada di katil pada waktu malam yang memang waktu tidur dan time kita tidur tu memang betul - betul orang yang nak pengsan atau nak pitam.

3. Tak jadi jihadlah kalau tak merasai apa -apa kesusahan semasa kita sedang berusaha mencapai sesuatu perkara .

4. Kalau kita lihat , jihad ni kan suatu perkara yang susah , payah , penat , penuh dengan cabaran dan masyaqqah  (senang cakap memang menyusahkan diri la ) adakah ianya suatu perkara yang berdosa ?  Maka dilihatkan keadaan Rasulullah saw dan para sahabat di awal permulaan Islam yang diseksa tapi tak diizinkan untuk membalas maka ketika diturunkan ayat tentang keizinan untuk berjihad melalui peperangan terhadap kaum musyrikin , macammana agaknya perasaan mereka ketika itu ? 

5. Macam sekarang ni kalau kita sendiri taknak berjihad , bersusah - payah untuk mencapai suatu perkara lebih - lebih lagi ilmu , suatu hari nanti kita akan menyesal apabila kita ditimpakan sesuatu ujian dalam keadaan kita tak bersedia dengan apa - apa persediaan disebabkan kita tak nak susah - payah suatu ketika dahulu ketika mana ada lagi peluang . Contoh : kita belajar pengajian Islam , dan bahan bacaan kita kebanyakannya berbahasa arab dan kita malas nak baca bahan - bahan tersebut sebab rasa macam leceh la kena bukak kamus la , tanya orang la , tak tahu baris , takde masa (kononnya) dan sebagainya , maka tiba suatu saat kita nak praktikkan apa kita da belajar akan jadi cacat la time proses nak praktik tu . 

itulah diantara sedikit sebanyak isi kandungan daripada kalam taujihat beliau , dan beliau mengatakan kalau kita ni dibacakan ayat seperti diatas tadi pasal jihad tu , dan kita tak rasa apa - apa . maksudnya kita ni masih lagi tak nampak a hakikat jihad yang sebenar .

p/s : sama - sama kita yang berada di peringkat pengajian tinggi mahupun rendah untuk menterjemahkan salah satu bentuk jihad dalam bentuk menuntut ilmu .
 


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.