Sekilas pandang akan kefahaman kita berkenaan IBADAH

Peringatan untuk diri sendiri.

1. Tidak salah untuk beribadah bahkan dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekal untuk menghadapi hari akhirat

2. Salahnya maksud ibadah apabila menghadkan ibadah hanya pada amalan yang berbentuk ritual semata mata .

3. Ibadah adalah tujuan sebenar kita diciptakan

4. Dengan ibadahlah yang membuktikan kehambaan kita kepada Allah swt.

5. Bukanlah ibadah yang menjadikan si pelakunya pemalas, sebaliknya, ia sebenarnya adalah sikap negatif yang menjadi tabiat seseorang.

6. Untuk mengubah diri , perlu bermula dengan mengubah hati. Maka, hati hanya mampu diubah apabila sentiasa dipelihara dan disucikan.

7. Hanya iman yang mampu memainkan peranan tersebut.

8. Banyak unsur yang boleh menjadi faktor yang menambah bekal iman.

9. Antara unsur yang terpenting adalah amal ibadah secara individu mahupun jamaie.

10. Sekiranya kita benar benar ikhlaskan niat ibadah kita semata mata kerana Allah swt, barulah kemanisan iman mampu dikecapi.

11. Janganlah melakukan ibadah kerana mahu menunjuk nunjuk dan merasa bangga.

12. Fahamilah bahawa ibadah adalah sebahagian daripada asas terpenting di dalam kehidupan seorang manusia.

13. Lebih dekat kita kepada Allah swt sepatutnya menjadikan kita seorang manusia yang paling kehadapan untuk memakmurkan bumi ini dengan agama Allah swt.

14. Sebaik baik ibadah adalah apa yang dilakukan tepat pada masanya.

15. Harus juga diingat, apabila disebut taabud, maka ia akan memberikan ganjaran pahala kepada sesiapa yang melakukannya.

16. Seorang pendakwah yang menyedari besar tanggungjawabnya membawa manusia kepada penghambaan kepada Allah swt adalah orang paling menjaga ibadah dan hubungannya kepada Allah swt.

17. Semakin banyak amal ibadah yang dilakukan seharusnya menjadikan diri kita semakin kuat dan bersemangat.

18. Sentiasalah bermuhasabah dan merenung kembali sejauh mana amal yang telah dilakukan. Adakah segaka amal yang kita lakukan sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga Allah swt atau sebenarnya masih banyak lagi yang perlu ditambah dan diperbaiki?

Sekadar coretan ringkas untuk mengingatkan semula diri ini agar diberikan hidayah oleh Allah swt.

Kalau ada salah boleh diperbetulkan.

Kalau ada terkurang bolehlah ditambah.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.