
Nampak gayanya , sekarang ni memang Mesir sudah benar - benar mengalami musim sejuk . Namun , tidak pasti lagi kesejukan itu masih lagi mampu meredakan kepanasan hati golongan liberal dan sekular yang kian hari membantah tindakan Presiden Mursi melakukan perubahan ke atas dustur (perlembagaan) Mesir. Ada sahaja rakan yang berpendapat , memang patut pun Mursi buat macamtu , biar terketuk sikit kepala diorang ni . Tak tahulah nak kata apa , cuma mendoakan agar Mesir ni sentiasa dalam keadaan aman dan damai . Dan kalau ada lagi di Malaysia yang ada rasa macam Mesir ni tengah huru - hara , jangan risau , ia taklah seteruk yang disangka . Alhamdulillah , kami masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa bahkan sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi imtihan yang kian menjelang . Rata - ratanya akan bermula kira-kira lewat bulan Disember . Sama macam tahun yang sebelum ni , winter oh winter . Nasib baiklah takda salji kat Mesir ni . Kalau dah takde ...