Niat dan amal. Keduanya kalau nak diberi perumpamaan yang agak masyhur umpama irama dan lagu. Takkan lengkap tanpa keduanya. Namun ada lagi analogi yang lebih cantik yang saya terjumpa di dalam sebuah kitab iaitu kitab hadis ahkam (kitab kuliah tahun 2 syariah universiti al-Azhar). Dalam kitab tersebut , dinyatakan niat seperti ini, "niat tanpa amal macam angan-angan yang tak berkesudahan" Apabila difikirkan, ada betulnya. Sampai bila kita nak niat , niat, dan niat sahaja berpanjangan. Macam makanlah jugak kot. Cakap je lapar tapi cubalah duduk diam-diam kat situ, agak-agak dapat tak. Budak tadika pun tahu jawab kan. "amal tanpa niat umpama pokok yang takde akar" Pernah jumpa tak pokok yang takde akar? Saya tak arif la sangat bab-bab botani ni. Tapi, asas untuk setiap tumbuhan mesti ada akarnya kan. Taktaula kalau pokok parasit macamana pulak. Cuma, boleh bayang tak kalau pokok takde akar. Kalau cerita pasal pokok dan akar ni, cuba tengok pokok...