Niat bersama Amal.






Niat dan amal. Keduanya kalau nak diberi perumpamaan yang agak masyhur umpama irama dan lagu. Takkan lengkap tanpa keduanya.

Namun ada lagi analogi yang lebih cantik yang saya terjumpa di dalam sebuah kitab iaitu kitab hadis ahkam (kitab kuliah tahun 2 syariah universiti al-Azhar).

Dalam kitab tersebut , dinyatakan niat seperti ini,

"niat tanpa amal macam angan-angan yang tak berkesudahan"

Apabila difikirkan, ada betulnya. Sampai bila kita nak niat , niat, dan niat sahaja berpanjangan. Macam makanlah jugak kot. Cakap je lapar tapi cubalah duduk diam-diam kat situ, agak-agak dapat tak. Budak tadika pun tahu jawab kan.

"amal tanpa niat umpama pokok yang takde akar"

Pernah jumpa tak pokok yang takde akar? Saya tak arif la sangat bab-bab botani ni. Tapi, asas untuk setiap tumbuhan mesti ada akarnya kan. Taktaula kalau pokok parasit macamana pulak. Cuma, boleh bayang tak kalau pokok takde akar.

Kalau cerita pasal pokok dan akar ni, cuba tengok pokok yang orang kata keramat tu. Sebab apa orang kata keramat? Sebab dia dah bertapak lama. Sejak atuk kita belum lahir pun dia dah ada agaknya. Kalau kita tengok pada akar dia, confirmla kita nampak akar dia memang menjalar habis, lepastu akar dia kuat sangat. Memang payah la kalau nak alihkan (macam biskut pulak boleh alih-alih).



Tapi, kalau pokok tu tak kuat akar dia, tak sampai berapa minit je kita dah boleh cabut kan. Macam tu jugak amal, kalau takde niat maksudnya amal dia sebenarnya tak jelaslah matlamat. Orang yang selalu buat kerja tapi takde cita-cita, selalunya mudah terkandas.

Sebab tu dalam Islam, Islam sangat menekankan niat sebelum melakukan segala amal ibadah. Supaya tak terkandas dalam ibadah. Bukankah dalam beribadah, niat kita tak lain dan tak bukan adalah kerana Allah. Dalam doa iftitah selalu kita sebut,

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku untuk Allah tuhan sekalian alam. Tiada yang layak untuk disekutukan sepertinya dan aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri."

Pesanan saya, pastikan kedua-dua benda ni, mampu untuk kita selalu terapkan di dalam kehidupan seharian. Jangan sesekali memisahkan salah satu daripada kedua-duanya.

Dalam usul 20 , usul yang ke-17 ada juga menyebutkan,

" Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting"

wallahualam.



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.