Tentang membaca
Membaca adalah suatu aktiviti yang sangat bagus. Ia memberikan kesan yang sangat besar kepada pemikiran. Pemikiran kita pada hari ini boleh berubah hanya disebabkan kita membaca beberapa patah perkataan. Apatah lagi, jika kita membaca beribu patah perkataan. Kadang-kadang, kita selalu merasakan dunia kita kecil kerana kita tidak pernah berjalan jauh daripada tempat asal kita. Namun, itu semua mampu diubah hanya dengan membaca. Orang yang membaca sebuah buku umpama dia telah mengembara ke banyak tempat. Sedangkan orang yang mengembara ke kebanyakan tempat sebenarnya dia masih lagi seperti orang yang membaca sehelai muka surat. Alam ini, banyak rahsia sebenrnya. Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dirungkai melalui pembacaan yang kontsisten dan diperbincangkan. Perbualan anda bersama dengan golongan yang rajin membaca, pastinya jauh berbeza dengan mereka yang tidak rajin membaca. Tentunya anda akan mendapati banyak topik-topik baru yang dapat dikongsi jika anda bersama golonga...