Meletakkan Hati di atas Landasan Allah.
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب Pernahkan merasa suatu saat dimana hati anda sangat tenang dan merasakan juga bahawa iman anda sedang meningkat dan melonjak. Pada saat itu, anda merasakan dada anda sangat lapang. Segala amal kebaikan yang anda lakukan pada ketika itu sangat menyeronokkan. Akhirnya, anda berharap agar keadaan anda pada ketika itu dikekalkan selama-lamanya. Maka, pada saat itulah anda seharusnya memohon kepada Allah dengan doa yang sedemikian. ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا ، وهب لنا من لدنك رحمة ، إنك أنت الوهاب cara menyebutnya : Robbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana, wahab lana minl ladunka rahmah, innaka antal wahhab. Bermaksud : Wahai tuhan kami, janganlah engkau bengkokkan (sesatkan) kami setelah engkau kurniakan hidayah (petunjuk) kepada kami, dan berikanlah kami rahmat dari sisi engkau. Sesungguhnya, engkaulah yang maha memberi. Sesungguhnya, hati yang...