Niat, Harapan dan Perubahan.
        Alhamdulillah, telah diberikan keizinan dan peluang oleh Allah swt, untuk memberikan sedikit suntikan dan perkongsian kepada tunas baru mahasiswa mesir berkenaan NIAT, HARAPAN dan PERUBAHAN.  .  .  Suka juga untuk saya kongsikan di sini beberapa noktah dan rumusana daripada apa yang telah sampaikan semalam buat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama :   1. Selalunya, ramai orang menyangka bahawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mampu memberikan solusi akan perubahan dirinya.  .  2. Akan tetapi, sebenarnya, perubahan diri itu bukanlah berlaku dengan sekadar berubahnya tempat yang kita tinggal atau barang yang kita gunapakai.  .  3. Saya juga telah kongsikan beberapa kisah berkenaan hal ini.  .  4. Antaranya ialah, kisah seorang lelaki yang datang dari jauh dengan harapan untuk berubah, lalu, gurunya menjawab : "Bukanlah dengan jauhnya berjalan kalau nak berubah, tapi dengan menundukkan hawa nafsu."  .  5. Selain itu, saya juga kongsikan sebuah kisah d...