Niat, Harapan dan Perubahan.



Alhamdulillah, telah diberikan keizinan dan peluang oleh Allah swt, untuk memberikan sedikit suntikan dan perkongsian kepada tunas baru mahasiswa mesir berkenaan NIAT, HARAPAN dan PERUBAHAN.
.
.
Suka juga untuk saya kongsikan di sini beberapa noktah dan rumusana daripada apa yang telah sampaikan semalam buat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama :
1. Selalunya, ramai orang menyangka bahawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mampu memberikan solusi akan perubahan dirinya.
.
2. Akan tetapi, sebenarnya, perubahan diri itu bukanlah berlaku dengan sekadar berubahnya tempat yang kita tinggal atau barang yang kita gunapakai.
.
3. Saya juga telah kongsikan beberapa kisah berkenaan hal ini.
.
4. Antaranya ialah, kisah seorang lelaki yang datang dari jauh dengan harapan untuk berubah, lalu, gurunya menjawab : "Bukanlah dengan jauhnya berjalan kalau nak berubah, tapi dengan menundukkan hawa nafsu."
.
5. Selain itu, saya juga kongsikan sebuah kisah dimana Abu Darda RA ada menulis sebuah surat kepada Salman al-Farisi RA. Di dalam surat tersebut, terkandung sebuah ayat : "Marilah kita ke tanah suci". Lalu Salman al-Farisi RA menjawab : "Bukanlah tanah yang mensucikan diri kita, akan tetapi amal-amal kitalah yang akan menyucikan diri kita".
.
6. Konklusinya, sebaik-baik faktor untuk berlakuknya perubahan kepada diri kita adalah daripada nilai dalaman, iaitu hati dan bukannya nilai zahir semata-mata, seperti tempat dan material.
.
7. Tajdid niat, bukanlah sebuah kalam yang kosong. Ia adalah sebuah elemen yang mampu meletakkan kita kembali ke atas landasan matlamat hidup kita yang kadang-kala kita terlepas atau tersasar.
.
8. Apabila kita mampu tegak dan tetap di atas landasan matlamat kita (lebih-lebih lagi matlmat kehidupan), yang sebenar, nescaya tidak mustahil untuk kita mencipta sebuah kejayaan yang besar dan bermakna.
.
9. Harapan saya adalah semoga mahasiwa dan mahasiswi di perlembahan Nil pada masa akan datang akan terus menjadi lebih matang dan beragenda serta mampu memimpin dan membimbing rakyat Malaysia kepada kehidupan yang lebih sunnah dan syariah apabila pulang nanti.
.
10. Moga perkongsian ini mampu menjadi bekal buat diri saya dan sahabat-sahabat pembaca untuk mengharungi kehidupan pada hari-hari yang mendatang.
.
Wallahualam.

"Bersama Membangun Mahasiswa Beragenda".
"Membina Generasi Harapan:.




Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.