Mengimani Hakikat Perubahan.
"Sesiapa yang ingin berdakwah, mestilah beriman bahawa PROSES PERUBAHAN harus berlaku secara BERANSUR-ANSUR." Dakwah merupakan suatu proses penyeruan kepada masyarakat dan umat untuk kembali kepada Islam. Kembali mengimani dan beramal dengan Islam dengan sebenar-benar kefahaman. Percaya bahawa Islam itu syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan. Bahkan, merasa terancam dan risau apabila Islam itu tidak berjaya dipraktikkan secara syumul. Maka, ketikamana berlakunya proses ini, ia tidak lari daripada terkait dengan sebuah unsur yang penting iaitu PERUBAHAN. Perubahan yang terbesar yang diharapkan adalah membebaskan jiwa daripada dihambakan oleh HAWA NAFSU kepada menghambakan ALLAH SWT, tuhan yang sebenar-benarnya. Perubahan inilah yang membezakan kehidupan seseorang dengan seorang yang lainnya. Namun, usaha menerapkan perubahan ini, menjadi suatu cabaran yang amat besar pada hari ini. Sebabnya, JAHILIYAH pada hari ini, bukan sekadar berleluasa da...