Ya Allah, Ya Tuhanku HambaMu merindukan Rahmat kasih sayangMu Dan jua keredhaanMu Dalam hidupku Meskipun ku ulangi dosa noda Yang menjanjikan azab sengsara Namun ku sedari KeampunanMu tidak bertepi Ku akui diri ini Hamba yang mungkir pada janji-janji Jadikanlah taubat ini yang sejati PadaMu Ilahi Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku Ya Allah, redhakanlah kehidupanku Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku Tuhan, Ku zalimi diri ini Andai Kau tak ampuni dan rahmati Alangkah ruginya diri Tuhan, Jangan Kau palingkan hati ini Setelah Kau beri hidayah Sesungguhnya Kau Maha Pengasih Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records) Penyusun Muzik : Trabye Penerbit : Faizal Osman Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd. Sumber : http://www.hijjaz.com.my Copy paste dari : Klik sini . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Sesungguhnya kita adalah hamba Allah swt...
Mak ayah kita hebat, Abang kita hebat, Adik kita hebat, Kawan kita hebat, Belum tentu lagi kita hebat. Selagimana kita masih lagi tidak menggunakan sepenuhnya potensi yang kita ada, yang hebat itu bukanlah kita. Selagimana kita masih tidak menguasai sesuatu kemahiran itu, kita masih lagi belum hebat. Selagimana kita masih belum mampu menyumbangkan apa-apa, kita masih tidak lagi hebat. Kalau macamtu, bila kita nak jadi hebat? Hakikatnya, Kita tidak akan pernah tahu bila. Namun, di saat kita merasakan kita telah hebat, ketika itulah kita akan hilang separuh dari kehebatan kita. Lalu, bagaimana? Kehebatan kita hanya akan benar-benar terserlah apabila kita tidak pernah putus-putus melaksanakan usaha untuk mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup. Kerana itu, kita seharusnya bercita-cita besar dan berimpian jauh. Hanya dengan itulah yang akhirnya akan mendorong diri kita untuk terus bekerja dan membentuk peribadi kita. Seterusnya, menjadikan...
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira. Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula. Soalannya : 1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah, "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...
Comments
Post a Comment