mengenang kesyahidan Hassan Al-banna







Artikel ini sepatutnya di tulis pd hari jumaat yg lalu namun , penulis x berkesempatan utk memuatkannya pd hari tersebut..

Hassan Al - Banna , bukanlah suatu nama yg asing bg mrk yg sntiasa mngikuti prkembangan dunia ataupun yang brgiat aktif dalam bidang dakwah kerana beliau merupakan tokoh utama dalam pergerakan dakwah islamiah . Malah , beliau merupakan pengasas kpd himpunan wirid amalan nabi ataupun Al - Mathurat . Kematian beliau merupakan suatu kehilangan yg amat besar bg umat islam . Siapakah lagi umat islam pd masa kini yg mempunyai ketokohan seperti beliau di mana , pemikiran beliau pd masa kini rujukan utama para pendakwah dan juga banyak mempengaruhi pergerakan sesebuah harakatul islamiah. Kesungguhan beliau di dalam mngembalikan syiar islam amat menakjubkan . Beliau telah memulakan usahanya semenjak sekolah rendah lagi. Jelaslah menunjukkan bhw beliau mmg mempunyai ciri ketokohan yg hebat sejak kecil lagi ditambah pula dgn latar belakang keluarganya yg berpegang teguh pada agama.

Pada hari Sabtu , 12 Februari 1949 sampailah masanya menemui kesyahidan yang
diidam - idamkannya . Menurut sesetengah pendapat beliau syahid di tembak ketika berjalan di tepi jalan setelah keluar dari pejabatnya. Namun , sehingga ke hari ini masih lagi belum dapat dikenal pasti siapakah pembunuh nya.. (klik di sini utk melihat video)



Peranan Kita...

Tugas kita bukanlah utk meratapi kematian beliau , tetapi adalah utk menyambung perjuangan yg telah beliau mulakan iaitu menegakkan islam dan menghidupkan kembali sunnah2 rasullah SAWAW. Beliau juga memperjuangkan khilafah islamiah yg telah hilang pada tahun 1924 ktk Daulah Islamiah Turki .

Sebagai remaja , kitalah yg lebih layak utk menyahut perjuangan beliau yg mana juga menyambing prjuangan para rasul yg terdahulu . Beliau byk mnekankan mngenai dakwah kpd golongan remaja .

X lupa juga utk kita mendoakan kesejahteraan ke atas roh beliau dan juga semoga perjuangan beliau serta para penyambungnya diredhai oleh Allah dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Jadi , sertailah gerakan islam yg anda telah tentukan yg mne anda merasakan prjuangan mrk adalah benar berlandaskan Al - quran dan Sunnah bukan bersdasarkan kepentingan tertentu semata - mata , ttp sye x mksudkan politik . Maksud saya ialah prjuangan yg syumul dan kamil.

"Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. (22) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23)"

(33 : 22 - 23)




Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.