"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Saturday, December 31, 2011

....tanah dan suci...



......seorang sahabat  mengajak sahabatnya pergi ke suatu tempat .....

sahabat A : marilah kita pergi ke tanah yang suci .... mudah - mudahan kita dapat mrnyucikan diri kita...

sahabat B : wahai sahabatku,  walau sesuci manapun tanah itu .... dirimu tak              
                 menjadi suci selagi mana  kamu tak beramal soleh..... kerana amal soleh itulah yang akan
                 menyucikan dirimu itu.... bukan tanah itu yang akan menyucikanmu....

p/s: walau di mana kita berada sekalipun kalau kita tak melakukan amal yang soleh , maka kita tak dianggap orang yang soleh ....

buatlah amal dimana pun kamu berada dengan mengharapakan keredhaan dari Allah......




                

Tuesday, December 27, 2011

fuh....

alhamdulillah... sekian lama menunggu akhirnya tiba juga masa yg dinanti2kan.....

muqayyad gak nme plaja2 wafidin azhar yg lulus imtihan qabul harini....

cme urusan tahlil dam (ujian darah) la x setle lg.....

bg yg sedang berusaha keras bertungkus - lumus studi week nih..... smoga mendapat berkat dan rahmat Allah... byk2 berdoa dan bersabar yek....

jaga kesihatan yg paling penting.....

-SEMOGA BERJAYA FI IMTIHANIKUM-












Sunday, December 18, 2011

...apabila anda ditegur dan dinasihati ... Bersyukurlah kepada Allah taala kerana dengan mengucapkan Alhamdulillah... Sesungguhnya .... Allah taala sentiasa mengiinginkan dirimu menjadi baik dan menjauhkan diri kamu daripada lembah kebinasaan... Bahkan setiap sesuatu berlaku adalah dibawah pengawasan Allah taala... Maka hadapilah segalanya dengan berlapang dada.... insyllah....

Wednesday, December 14, 2011

..... Bukan perbezaan yg boleh menyebabkan perpecahan yang patut kita lihat, tetapi carilah persamaan yang boleh menyatukan kita..... Sesungguhnya umat Islam suka bertelagah dan berpecah kerana bergaduh akan hal yang remeh - temeh... Ingatlah sentiasa mengajar kita supaya bersatu dan saling bertoleransi antara satu sama lain.... Kadang - kadang kita boleh bagi banyak peluang kepada orang bukan islam tetapi .... Sesama saudara seagama sendiri... Takde pulak nak berlembut.... Malahan lebih suka berkasar.... sama sama kita fikirkan.... walllahualam.... -daripada hamba yang hina

Sunday, December 11, 2011

.....sejahat - jahat manusia sekalipun pasti ada kebaikan yang pernah dilakukannya, maka janganlah kalian memandang hina kepada seseorang tidak cantik perangainya kerana kalian belum tentu mulia sebenar - benarnya. Sesungguhnya yang hina itu perbuatannya bukan tubuh badannya. Apakah orang yang mulia itu kerjanya menghinakan orang melakukan kesilapan.....

Friday, December 9, 2011

Bismillah.. Alhamdulillah.. Bagi para penuntut ilmu sudah tentu kesemuanya mahu apa yang dipelajarinya mampu diingat sampai bila2 , dapat diamalkan malahan mendapat berkat daripada apa yang dikecapi.. Namun, segalanya bermula sebelum kita menuntut suatu ilmu.. Sebelum kita menuntut suatu ilmu itu hendaklah memperbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah.. Kenapa mesti mohon ampun? Kata waki' (guru imam syafie) ,''ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tidak akan sampai kepada orang selalu buat maksiat''... Maka dengan kata2 penuh hikmah ini sangat2lah mendalam maknanya.. Mungkin selama ini kita tak sedar, mengapakah kita selalu sangat sukar untuk menggapai suatu ilmu yang mampu memanfaatkan diri kita dan juga orang lain.. Wallahualam... Sedikit pekongsian untuk manfaat sahabat2..

Monday, December 5, 2011

Teringat suatu kata2... Moga2 dpt djadikan pedoman.. .... Jadilah kamu umpama ikan dilautan, laut tu masin tp ikan tu tak masin pun. Jadi, dimana pun kite berada, keadaan tak mngubah kita dan kita tetap dgn pendirian kita (pendirian yg btol)... Wallahualam~

Saturday, December 3, 2011

Bismillah.. Alhamdulillah.. Kuliah sekarang masih bejalan seperti biasa.. Walaupun masih dalam suasana intikhabat, namun tidak menjejaskan langsung pengajian di azhar .. Arini doktor kuliyah tafsir ayat ahkam apabila mengupas lafaz 'syukur' yg tedapat dalam ayat yg menceritakan mengenai suruhan mencari makanan yg halal yg mne diakhirnya ayat itu menyebutkan perkataan syukur .. Sangat2 tertarik mendengar kupasan tersebut.. Antara yg dikatakan ialah perbezaan antara pujian (hamada) dan syukur ialah : -pujian ini datangnya daripada lidah sahaja -sedangkan syukur itu datangnya daripada lidah dan hati serta 'jawarih'.. Ha.. Apa tu jawarih.. Cuba la cari.. Kemudian doktor juga mengatakan bahawa tanda syukur (beterima kasih) itu ada 2 : 1. Banyak memuji dan mengingati kebaikan yg kita terima. (Lebih2 lagi daripada Allah taala) 2. Menggunakan (barang) dengan cara yg sepatutnya, bukan cara yg ditegah oleh syarak.. Insyallah, itulah serba sedikit yg dapat dikongsikan bersama.. Walaupun ringkas yg penting dapat dipraktikkan.. Moga2 Allah sentiasa membantu kita.. ~wallahutaala a'alam

Friday, December 2, 2011

Bloging gune uc browser....

Monday, October 31, 2011

selesai suda membace.....





alhamdulillah... semalam 31 november 2011 hari Isnin , selesai sudah program bacaan kutub sittah untuk siri yang ke - 3 .... syukur stinggi - tingginya kehadrat Allah swt kerana memudahkan laluan perjalanan program tersebut... dan juga sekalung penghargaan diucapkan kepada PMRAM yang telah bertungkus -lumus berusaha bagi menjayakan program ini ....

Oleh kerana ana pun turut terlibat untuk program kali ni , maka ana pun merasakan bahawa program ini adalah suatu program yang sangat - sangat berharga lebih - lebih buat penuntut bidang pengajian Islam yang mana diberi peluang untuk mendapatkan hadis secara bersanad yang bersambung hingga ke Rasulullah sawaw daripada perawi yang amat masyhur dan menjadi rujukan utama iaitu Imam Bukhari r.h. 

Program yang telah berjalan sehingga masuk siri ke - 3 ni masih lagi menggunakan matan shahih bukhari dan pada siri ini berjaya menghabiskan hadis diantara awal hadis 3000 hingga hadis 4000 keatas.... 

Diantara masyaikh yang terlibat dalam program pembacaan kutub sittah ni ialah :

-Syeikh Usamah
-Syeikh Yusri Al Jabbar
-Syeikh Muhammad Ibrahim Al Kattani
-Syeikh Saad Jawish
-Syeikh Jamal Farouq
-Dr. Rif'at Fauzi

kesemuanya adalah masyaikh al - Azhar ....

Apabila para masyaikh membacakan hadis , terasa bagai hidup di zaman Rasulullah sawaw yang mana banyak hadis yang dibacakan berkisarkan mengenai awal penciptaan , peperangan dan sebagainya . Dan banyak juga perkara yang ana tak tahu yang berlaku di zaman Rasulullah sawaw . 

Diakhir program , ramai masyaikh al - Azhar yang turun untuk meraikan program pentupan yang jugak mengijazahkan para peserta . Turut serta juga muft mesir as - syaikh al - Ustaz Dr . Ali Jum'ah r.h. dan jugak para masyaikh memberikan dorongan dan galakan untuk terus berusaha mendalami dan mengahayati hadis - hadis Rasulullah sawaw  dan mengingatkan bahawa suatu hari nanti akan hilangnya ilmu dengan dimatikan para ulama . 

Semoga hadis - hadis yang telah dibacakan dapat dihayati dan diamalkan serta setiasa menjadi rujukan para umat Islam . Walaupun agak kepenatan , namun ia tetap sesuatu yang amat bermakna dan diharap dapat diteruskan pada masa yang akan datang . Semoga sahabat - sahabat di Malaysia menanam azam dan niat untuk mendapat hadis secara bersambung sanadnya kepada Rasulullah sawaw agar mendapat berkat daripada Allah taala . 

untuk maklumat yang lebih lanjut mngenai program ni boleh la rujuk di sini :


wallahutaala a'alam....



Sunday, October 23, 2011

apa lagi bole kata pasal mesir nih......

nampaknya sebelum nih ana telah menceritakan serba sedikit secara umum pasal mesir nih... cumanya mungkin dalam keadaan yang agak tergesa - gesa sikit lah kot......
rasanya terlalu excited apabila bertemu dengan suasana baru dalam hidup....
yelah , sebelum nih dengar2 je mesir nih itulah inilah.... tapi nampaknya tidak semua yang kita dengar tu kita akan jumpa terus .... masih memerlukan masa yang panjang....

sepatutnya ana patut menceritakan mesir itu dari abjad arabinya lagi iaitu Mim  - Shad - Ra yg secara ringkas memberikatan maksud sebegini...
mim = musibah
shad = sabar
ra = redha
jadi , di mesir ni sebenarnya kita tidak akan lari dari 3 perkara tadi iaitu musibah + sabar = redha .....
ini biasanya makruf kepada pelajar2 mesir.... cuba tanya dorang... ada dengor tak.....
sebab kehidupan di mesir tidaklah semewah di negara2 yang lain yang lebih kita lihat maju kehadapan , namun ia tetap sebuah negara yang diberkati kerana ia ada disebut di dalam al - Quranul karim.... yang masyhurnya dalam surah al - Baqarah yang berbunyi ....

"masuklah kedalam negara mesir maka kamu akan dapat apa yang kamu cari" 

bermakna , kat mesir akan ada segala jawaban bagi pencarian kita yang mungkin tak ditemui selama nih... cumanya , kena tabah la sikit dan kena banyak bersabar .... kalau tak sabar dapat hok yang tak sabor tu je la....  

seawalnya tiba di mesir nih , biasa mane2 orang pun akan ada culture shock masing2 .... bagi ana sendiri pon perkara yang menjadi shocknya adalah budaya memberi salam yang biasanya kalau kata malaysia nih kita cuma bagi salam dekat orang yang kita rasa tak segan atau orang kita kenal ataupun orang2 yang kita hormat macam cikgu dan sebagainya .... tapi kat sini nampaknya mereka ni satunya , x lokek untuk meberi salam bahkan dah menjadi macam budaya la ..... kita pulak jadi segan sebab sebelum nih tak biasa dengan suasana macam tuh .... tiba - tiba macam terkejut la..... sepatutnya tak terkejut sebab perkara dah diterapkan dalam ajaran islam cuma kita mungkin tak praktik je.... lepas nih boleh la cuba kembangkan dalam masyarakat di sekitar antum ye....

kemudiannya, cuba kita pikir balik kalau kat negara kita (perbandingan untuk tujuan islah ) biasa la pagi2 kalau pegi kedai ke , restoran ke .... kat tv mesti bkak MHI ke .... kopi o nasi lemak ke..... dan apa2 la yang seangkatan dengannya.... tapi diorang bukak siaran tv yang mengalunkan bacaan al - quran..... masyallah ... stakat tempat2 yang ana jumpa semua buat macam ni....... taajub la bagi ana... tak perasaan pembaca macam mana..... 

kadang2 atau mungkin selalu kita dengar benda2 yang kurang sedap pasal mesir nih ... tapi percayalah ... nanti da sampai mesir nanti jumpalah sesuatu yang berharga .... ni baru hampir sebulan .... banyaklah lagi la....


bersambung......

  • info terkini : ada orang tempatan mesir kata setiap hari jumat diorang akan kumpol di medan tahrir untuk demonstrasi .... beselah... pilihanraya nak dekat....




Friday, October 14, 2011

sekian lama x mem ''bloging'' akhirnya dpt jgak pos serba ckit kt blog nih... maklumlah... g mesir x bwk laptop... kena mnumpang ajek kt laptog org len... (>.<) ... ad la sbb2 ny tu x bwk laptop....
cuma ny ingin brkongsikan bbrpe pngalaman bru stelah bbrp mgguny di mesir nih....
memandangkan kami ni smpai ke mesir dlm keadaan yg dipengaruhi kesan revolusi mesir yg mnentang pemerintahan mubarak ....
 byk lah prubahan yg berlaku di sini....
dikisahkan drpd senior kami ust ***** yg bliau mnceritakan bhw ny apbila anda sndri yg berada ktk saurah (revolusi) tuh sndri... anda sndri akn rse btapa hebatny pjuangan mrk yg btol2 syg kn negara mrk sndri sehinggakan askar2 yg turun itu sndri pn utk melindungi rakyat yg mne mmg wajarlah mrk bbuat sedemikian.... kita pn tahu askar mmg ditugaskan utk melindungi negara....
asas sesebuah negara x lain dan x bknny adalah rakyat....
maka smmgny rakyat yg spttny diberi hak....


apa yg menarikny sesudah saurah nih....
sesudany saurah nih rakyat mesir sudah lg  hidop dlm ketakutan...
lagi2 utk menceritakan isu2 politik dan jgak x takot da nk sebot "ikhwanul muslimin" sblom ni sebot short form ajek ....
mrk jgak sbnrny berazam utk mmbina smula negara mesir nih agar dibangunkan dengan lebih baik drpd sblom  nih....
sistem syura dlm pmilihan syaikhul azhar yg dihapuskan akan didirikan semula...
ktk mne sistem syura trsebut dihapuskan ... syaikh al azhar dipilih oleh presiden itu sndiri ....

*yg lbih mnarik nme husni atau mubarak skang mnjdi kontroversi bg rakyat mesir .... contohny stesen kereta api yg nme ny mubarak pn dipadam nme ny.....
pkataan hari raya yg bse kte dgr "aid mubarak" dah tkaq pkataan len...
btol2 mrah rakyat msir dgn mubarak nih.....

ckuplah smpai sni jek.... xley nk cter byk2... org len nk pkai da...

harap maaf ats pgunaan short form sbb nk cpat....



gambar hiasan jek....^^

kredit to laptop bad....

والله تعالى أعلم~





Tuesday, August 16, 2011

Nasihat KUBUR



~•> Aku adalah tempat paling gelap, maka terangilah aku dengan tahajud,
~•> Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan bersilaturahmi,
~•> Aku adalah tempat yang paling sepi, maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran,
~•> Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah,
~•> Aku adalah tempat Mungkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu



credit to : Mohd Khairi

Wednesday, July 20, 2011

ramadhan bakal tiba


ramadhan kian menjelang....
ayuh para ikhwah dan akhawat...
kita siap sedia...
untuk menyambut ramadhan al - mubarak...
dengan penuh gilang dan gemilang...
umpama ini ramadhan kite yg terakhir...
moga2...
kite bertemu dgn lailatulqadar...
malam yg lebih baik daripada seribu....
biarpun org disibukkan dgn prsiapan hari raya....
ttp kite disibukkan dgn amal ibadah....
wallahualam....



Sunday, June 26, 2011

u..... risau.....


kadang - kala.....
kite mmg x kan trsangka2....
ujian itu akan dtg pd bile2 masa shj......
kite sndri x mmpu menduga....
bilakah Allah swt akan menguji....
apatah lg  apbila Allah swt menguji terhadap perkara2 yg menjadi kepentingan bg diri kita....
yg menjadi alat2 pergantungan kita.....
apakah kita sndri suda snantiasa bersiap - sedia m'hadapi saat - saat tersebut....
apakah kita mmpu berdepan dgn situasi tersebut....
Ya Allah ....
Apbila kau mnguji hamba-Mu yang lemah ini.....
sesungghnya engkau lebih mengetaui siapakah yg lebih layak untuk menghadapi ujian tersebut....
siapa yang lebih mmpu untuk menanggung kepayahan ujian ini....
sesungguhnya....
ada manusia yg lebih besar lg ujian nya drpd ap kite terima hari ni....
sedahsyat2 manusia yg ditimpa ujian....
adalah para anbiya....
kemudian yg menghampiri darjat mrk....
kemudian ad lg yg m'hmpiri darjat yg menghampiri darjat para anbiya ....
oh ya Allah....
berilah hamba - Mu ini kekuatan.....
la hau la wa la quwwata illa billah.........
xde kekuatan disisi melainkan dengan Allah.....~

p/s: semoga antum sntiasa tabah menghadapi ujian....



Friday, June 24, 2011

::qunut nazilah::


sme2 la kte berdoa utk kesejahteraan umat Islam .... (^.^)

Thursday, June 23, 2011

...::biarlah::..

Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.•.♥•
Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.•.♥•
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta biarlah kita•.♥•
menangis mengenang dosa-dosa semalam.•.♥•
Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. •.♥•
Jika mereka dambakan dunia biarlah kita dambakan akhirat... •.♥•








kredit to :: Asma' Assakinah

Wednesday, June 22, 2011

~tau buat or ......



“Jikalau Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah MENANGGUHKAN mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya.” (QS.An-Nahl: 61)



“Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (QS.Al-Furqaan: 71)




“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS. Al Anfal : 29)



"Bertakwalah di manapun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya ia akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi dari Abi Dzar)


Tuesday, June 21, 2011

keindahan~

❤ Indahkanlah ukhuwah dengan senyum tulus ❤
❤ Indahkanlah jiwa dengan kesederhanaan ❤
❤ Indahkanlah raga dengan mensyukuri nikmat-NYA ❤
❤ Indahkanlah akal dengan ilmu yg bermanfaat ❤

❤ Indahkanlah cobaan dengan sabar & ikhlas ❤
❤ Indahkanlah lisan dengan zikir & ucapan baik ❤
❤ Indahkanlah hidupmu karena Allah menyukai keindahan ❤
❤ Indahkanlah hari-hari dengan berjuang di jalanNYA ❤





kredit to : PaMauchihaitachi Sharinganmagenyou

Monday, June 20, 2011

sabar itu indah....



Adakalahnya,  kita selalu tergopoh - gapah atau kelam - kabut di dalam mengejar sesuatu dlm hidup kita. Namun, kita terlupa bahawa ada suatu perkara yang kita patut tanam di dalam diri kita, iaitu  "SABAR".

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia, bahawa mereka selalu lupa. Akan tetapi, sekiranya selalu terlupa, boleh membawa kepada kebinasaan.

Setelah membaca majalah solusi edisi 31, Barulah saya lebih memahami bahaw sabar itu juga bermaksud memelihara diri daripada terkeluar drpd kalangan org beriman dan menyertai golongan yang lalai.

Orang yang tidak bersabar ini juga termasuk daripada golongan yang lalai kerana mereka tidak mengingati Allah SWT dan lupa bahawa segala perkara adalah ketetapan daripada-Nya.

firman Allah taala :

"Restrain thyself along with those who cry unto their Lord at morn and evening, seeking His Countenance; and let not thine eyes overlook them, desiring the pomp of the life of the world; and obey not him whose heart We have made heedless of Our remembrance, who followeth his own lust and whose case hath been abandoned."
(18:28)


*kalau tidak faham bolehlah meng-google translate ya. (^.^)

Wallahualam....

=>>

Sunday, June 19, 2011

reLax skejap~



sama2 la kita hayati zikir ni utk seketika dan bila2 ye~

(^.^)

Saturday, June 18, 2011

Friday, June 17, 2011

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Sabda Rasulullah s.a.w
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.”
Riwayat Al-Tabrani

...Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.

iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.



kredit : Nurul Syafiqah Mohd Azmi 



jgn bangga diri~~~

~Jangan Bangga DIRI Dengan Pakaian Cantik Harga Ribuan..
Kerana Pakaian Terakhir Kita Cuma KAIN KAFAN...

...~Jangan Bangga DIRI Dengan Kereta Mewah BMW MATA BELALANG KITA, Kerana Kenderaan Kita Yg Terakhir hanya KERANDA papan lapis cuma...

~Jangan Bangga DIRI Dengan Tempat Tidur Baldu Yang Empuk....
Kerana Tempat Tidur Terakhir kita Adalah TANAH...

~Jangan Bangga DIRI Dgn Kulit Mulus Gebu Kita..
Kerana Semua Tu Akan Menjadi Makanan Cacing...

~Jangan Bangga DIRI Dengan Banglow-banglow Yang Mewah..
Kerana Rumah Terakhir KITA Adalah KUBUR...

~Jangan Terlalu Bangga DIRI Dengan Tittle ‘’DATO’’TAN SRI’’ APA SAJA..
Kerana Tittle Kita Yg Terakhir Adalah ALMARHUM/ALMARHUMAH.

~Biar Kita Di Pandang Hina Di Mata Manusia...Tapi Betapa Mulianya ALLAH Memandang Kita Di Sisinya.









credit to : zulkkhair azmi 4 posting at maahad johor fb group....  (^.^)

spread salam~~