selesai suda membace.....





alhamdulillah... semalam 31 november 2011 hari Isnin , selesai sudah program bacaan kutub sittah untuk siri yang ke - 3 .... syukur stinggi - tingginya kehadrat Allah swt kerana memudahkan laluan perjalanan program tersebut... dan juga sekalung penghargaan diucapkan kepada PMRAM yang telah bertungkus -lumus berusaha bagi menjayakan program ini ....

Oleh kerana ana pun turut terlibat untuk program kali ni , maka ana pun merasakan bahawa program ini adalah suatu program yang sangat - sangat berharga lebih - lebih buat penuntut bidang pengajian Islam yang mana diberi peluang untuk mendapatkan hadis secara bersanad yang bersambung hingga ke Rasulullah sawaw daripada perawi yang amat masyhur dan menjadi rujukan utama iaitu Imam Bukhari r.h. 

Program yang telah berjalan sehingga masuk siri ke - 3 ni masih lagi menggunakan matan shahih bukhari dan pada siri ini berjaya menghabiskan hadis diantara awal hadis 3000 hingga hadis 4000 keatas.... 

Diantara masyaikh yang terlibat dalam program pembacaan kutub sittah ni ialah :

-Syeikh Usamah
-Syeikh Yusri Al Jabbar
-Syeikh Muhammad Ibrahim Al Kattani
-Syeikh Saad Jawish
-Syeikh Jamal Farouq
-Dr. Rif'at Fauzi

kesemuanya adalah masyaikh al - Azhar ....

Apabila para masyaikh membacakan hadis , terasa bagai hidup di zaman Rasulullah sawaw yang mana banyak hadis yang dibacakan berkisarkan mengenai awal penciptaan , peperangan dan sebagainya . Dan banyak juga perkara yang ana tak tahu yang berlaku di zaman Rasulullah sawaw . 

Diakhir program , ramai masyaikh al - Azhar yang turun untuk meraikan program pentupan yang jugak mengijazahkan para peserta . Turut serta juga muft mesir as - syaikh al - Ustaz Dr . Ali Jum'ah r.h. dan jugak para masyaikh memberikan dorongan dan galakan untuk terus berusaha mendalami dan mengahayati hadis - hadis Rasulullah sawaw  dan mengingatkan bahawa suatu hari nanti akan hilangnya ilmu dengan dimatikan para ulama . 

Semoga hadis - hadis yang telah dibacakan dapat dihayati dan diamalkan serta setiasa menjadi rujukan para umat Islam . Walaupun agak kepenatan , namun ia tetap sesuatu yang amat bermakna dan diharap dapat diteruskan pada masa yang akan datang . Semoga sahabat - sahabat di Malaysia menanam azam dan niat untuk mendapat hadis secara bersambung sanadnya kepada Rasulullah sawaw agar mendapat berkat daripada Allah taala . 

untuk maklumat yang lebih lanjut mngenai program ni boleh la rujuk di sini :


wallahutaala a'alam....



Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.