ingat apa tu....

perkataan ''ingat'' dalam bahsa arab seperti yang kita makruf wal maklum ialah ''az-zikr'' .....
namun , selalunya apabila disebutkan perkataan ''ZIKRULLAH'' akan terlintas di setiap benak hati masing - masing lafaz - lafaz TASBIH , TAHMID , TAKBIR , TAHLIL dan sebagainya....

Sebenarnya , zikrullah itu maksud yang paling mudah ialah MENGINGATI ALLAH ....
namun , seringkali kita menyempitkan fikiran kita dengan membayangkan bahawa apabila disuruh untuk setiap masa berzikir , maka kita pun sibuklah kata susah , payah and sebagai nya kerana kurangnya kefahaman yang simple iaitu memahami dari segi maksud yang mafhum sahaja....

Sebab itulah dalam perbahasan mengenai isu - isu agama banyak menekankan takrifan bahasanya , istilahnya ...
suapaya kita tahu apa yang nak dismpaikan dan mesej yang nak dibawa ....
dan takdela kita merasakan bahawa apa yang nak dibawa itu susah...

Tapi saya bukanlah nak citer panjang lebar pasal takrif takrif nih ....
cuma saya nak tekankan supaya kita memperluaskan skop ibadah kita .....
jadi , biar kita setiap hari melakukan perkara yang simple , tapi berterusan....

TAKNAK AMIK SMUA JANGAN TINGGAL SEMUA....
jangan sebab kita rasa susah nak kecapi semua amalan para ulama , abid , aulia (wali - wali) kita terus malas untuk beribadah .... lebih - lebih lagi berzikir kepada Allah...

Ingatlah Allah selalu , itulah zikir yang terbaik ....
kalau hari - hari , setiap waktu dan setiap saat kita sekadar berwirid sahaja tetapi tidak mengahdirkan Allah di dalam hati maka itu lebih sia - sia dan boleh jadi tak memberi kesan pada jiwa ....
sebab tu mungkin amalan da banyak .... tapi perangai sama jugak....

Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah kekuatan....
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah dinding dari segala kejahatan...
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah lahirnya kejujuran dan ketelusan....
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , segala apa yang ada di dunia tak ada lagi nilainya...
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , terbebaslah kita daripada tamak dan hasad dengki
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , sesungguhnya Allah akan ingat kita lebih hebat daripada apa yang kita usahakan , apabila hambanya datang kepadanya sejengkal maka Allah akan datang kepadanya sehasta...

maka , apalagi alasan kita untuk mengatakan bahwa kita takde masa nak beribadat berzikir kepada Allah taala....
carilah amal ibadah sebanyak mungkin sebelum terlambat.....


-dari hamba yang hina.....


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.