layakkah dibenci.......

Antara yang selalu sangat ditekankan di dalam akhlak Islamiah ialah supaya kita tak membenci sesiapa pun selagi mana dia itu seorang yang masih lagi bergelar ''anak adam'' . Ini kerana Allah swt telah memuliakan anak - anak adam .

 Ketika saya berada di sekolah menengah , ada seorang senior saya suka untuk menekankan suat perkara yang sangat mulia , iaitu beliau sering menyebutkan di daam taujihatnya supaya kita ni janganlah membenci akan seseorang , tetapi cukuplah kita membenci akan sikapnya yang buruk itu . Apa yang saya mengerti ialah kita mestilah mengambil iktibar daripada sikap buruk sahabat kita yang pada pandangan kita bahawa si pelaku sebenarnya sedang mengaibkan dirinya sendiri . Moga - moga kita tidak dijangkit sikap buruk tersebut.

Sesudah senior saya berpindah pula, datang seorang warden muda yang baru . Dalam masa beliau menjadi warden kelihatan ramai yang tidak berpuas hati akan dirinya yang sangat aktif menjaga asrama . Sehinggakan ramai jugalah pelajar - pelajar yang suka mencuba untuk mencabar undang - undang asrama tumpas di tangannnya. Namun, bagi diri beliau , beliau tetap dan masih menghormati pelajar - pelajar yang melemparkan kutukan terhadap dirinya dengan alasan bahawa para pelajar dijaganya itu , semuanya anak - anak adam yang mulia . Sepertimana perkataan yang selalu dilafazkan beliau , ''walaqod karromna bani adam'' bermaksud , ''sesungguhnya kami telah memuliakan anak - anak adam''.

Kemuliaan Anak Adam

Diantara kemuliaan anak - anak Adam yang telah diberikan oleh Allah swt ialah Allah swt memberikan mereka suatu tugasan yang tak mampu disambut oleh makhluk - makhluk Allah yang lain sehinggakan gunung yang tersedia kukuh dan utuh pun boleh hancur berkecai hinggalah suatu makhluk sahaja yang menyamggupi tugas tersebut.

Tugasan tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah menjadi khalifah di muka bumi Allah swt . Maka, Pandanglah sahabat - sahabat kita ini laksana seorang khalifah yang mulia , yang sentiasa menanggung amanah dan tanggungjawab yang berat yang telah dihulurkan oleh Allah swt. Andai berlaku khilaf (percanggahan) , sama - samalah menyeru untuk kembali kepada Allah swt , dan mengingatkan tentang amanah dan tanggungjawab. 

Apa perlu kita fokus ?

Makanya disini , apa yang saya nak tekankan sebenarnya ialah pergaulan kita sesama insan . Janganlah kita sesekali terdetik dan terlintas di dalam hati niat dan keinginan untuk membenci seseorang . Kesilapan yang dilakukan oleh sahabat - sahabat kita sebenarnya adalah datang daripada kelapaan mereka terhadap hak - hak yang mereka sepatutnya penuhi. 

Nak buat apa lagi?

Sepatutnya kita berlapang dada , dan akur serta memikirkan jalan keluar yang terbaik agar tidak lagi berulang lagi hal - hal tidak sepatutnya .

 Jangan pula kita mengeruhkan keadaan dengan mengutuk - ngutuk dan mencaci maki . Akhirnya keadaan akan bertambah parah dan semakin lama jurang perpisahan semakin melebar.

 Jadi , yang terbaiknya ialah berjumpa , berbincang dan berterus terang tanpa perlu menyembunyikan apa lagi yang tersimpan.

Kalau dah benci , apa jadi?

Apa yang saya dapati apabila kita ni membenci seseorang dan bukan membenci sikapnya akan terjadi perkara - perkara berikut :

-bersangka buruk
-hasad dengki
-urusan banyak terbantut

dan saya rasa banyak lagi kesan - kesan lain yang akan terjadi yang tuan - tuan pembaca budiman yang boleh fikirkan . Cuma apa saya ''list''kan tu adalah apa yang saya lihat dan rasa . Boleh jadi betul atau salah. 

Kembali pada diri sendiri.....

Akhir sekali , apa yang saya boleh katakan ialah persoalan saya kepada tuan - tuan dan puan - puan yang sangat dihormati , ''Apakah kita ni benar - benar sempurna , sehinggakan terlepasnya kita daripada sebarang kesilapan sehinggakan kita tak mampu menerima kekurangan , kelemahan , dan kesilapan sahabat kita ?''

Sama - sama kita berfikir untuk hidup dengan lebih harmoni........

-maasalamah















''setinggi - tinggi nilai ukhwah ialah itsar (memberikan apa yang paling kita sayang) , dan serendah - rendahnya ialah sikap berlapang dada''
(imam Hassan Al-Banna)




Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.